BERAKAS, Friday, 10 March 2023 – A total of 03 personnel from No. 520 Squadron, No.2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) completed the Air Defence Technician Supervisory Upgrading Course Serial 07/2023 that lasted for four (4) weeks from 13 February until 10 March 2023. The certificate presentation and closing ceremony was held at 520 Squadron Berakas Garrison. Present as the Guest of Honour was Major (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, the Squadron Commander of No. 75 Squadron, No. 7 Wing. Also present were the Technical Officer, Officer in Charge of Course Design and Development/Continuous Training Advisory Team (CTAT/CDAD), and instructors.
The ceremony commenced with the recitation of surah Al-Fatihah, followed by a speech from Corporal (U) Muhammad Khairul Affika bin Kaling, representative of course participants. In his speech, he shared the experiences and lessons learned while attending the course. The ceremony continued with certificate presentations and the best student award. Corporal (U) Mohammad Haziq bin Haji Bakar and the ceremony received the best student award. The event concluded with a speech from the Guest of Honour and the recitation of the Closing Doa.
The course aims to equip Air Defence Technicians in the rank of Corporal with appropriate knowledge and understanding of supervisory functions when working in Air Defence System Maintenance and carrying out engineering tasks. The course participants were trained in leadership skills, supervisory techniques, and problem-solving to prepare them better to lead subordinates during training and operations. The participants undergo a continuous assessment to test their thinking skills, task management, solving abilities, and supervisory training.



MAJLIS PENUTUP KURSUS AIR DEFENCE TECHNICIAN UPGRADING COURSE SIRI 07/2023
BERAKAS, Jumaat, 10 Mac 2023 – Seramai 03 anggota dari Skuadron 520, Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menamatkan
Air Defence Technician Supervisory Upgrading Course siri 07/2023 yang berlangsung selama 4 minggu bermula dari 13 Februari hingga 10 Mac 2023. Majlis penutup dan penyampaian sijil diadakan di Skuadron 520, Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Pegawai Memerintah Skuadron 75, Cawangan No. 7. Turut hadir bersama ialah Pegawai Teknikal 520 Skuadron, Pegawai Penguasa Rekaan dan Perkembangan Kursus/Tim Penasihat Kesinambungan Latihan dan jurulatih-jurulatih.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ulasan dari wakil peserta kursus iaitu Koperal (U) Muhammad Khairul Affika bin Kaling yang mana beliau mengongsikan pengalaman dan pelajaran yang telah dipelajari sepanjang kursus dijalankan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah bagi pelajar terbaik yang diterima oleh Koperal (U) Mohammad Haziq bin Haji Bakar. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Tetamu Kehormat dan doa penutup.
Kursus ini bertujuan bagi melengkapkan Jurutera Pertahanan Udara yang berpangkat Koperal dengan pengetahuan dan pemahaman yang sesuai tentang fungsi penyeliaan semasa bekerja dalam penyelenggaran Sistem Pertahanan Udara dan juga menjalankan tugas kejuruteraan. Peserta-peserta kursus telah dilatih mengenai kemahiran kepimpinan, teknik penyeliaan dan juga penyelesaian masalah untuk mempersiapkan diri mereka dalam membimbing anak buah semasa latihan dan operasi nanti. Mereka juga menjalani penilaian yang berterusan untuk menguji kemahiran berfikir, pengurusan tugas, kebolehan dalam menyelesaikan dan juga latihan penyeliaan.
