RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 12 October 2022 – The two days Field Training Exercise (FTX) of the 9th LATMA Elang Brunesia 2022 between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) was officially closed today with a parade by exercise players from both air forces.

Guest of Honour for the event was Colonel (U) Haji Hishamuddin bin Abidin, Commander Operations Group of RBAirF. The closing ceremony commenced with the removal of exercise patch and was followed by remarks by the Guest of Honour.

This year’s exercise concept emphasises field training for Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), including the deployment of air cargo drops and search and rescue operations. Natural catastrophes are undeniably a non-traditional threat, which is of considerable concern due to the rapid climate change, which compels both Air Forces to adopt a more dynamic management and operational pattern to adapt to the current circumstances.

Involved during the FTX as exercise players were personnel from RBAirF of 11 Squadron No. 1 Wing and 31 Squadron No. 3 Wing and from TNI-AU of 6 Squadron, Wing 4 Lanud Sendjaja. Aircraft involved from both air forces were Blackhawk S70i and NAS-332 Puma. And the field training exercise was conducted at the Drop Zone, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Exercise scenarios and injects were designed in accordance with current issues. Exercise players from the TNI-AU and RBAirF able to plan well by following their respective standard operating procedures. And it is proven that both Air Forces exhibit excellent cooperation and interoperability, especially during the implementation of operations without the occurrence of elements of safety violations and accidents. Therefore, it is imperative that all levels preserve their competency in dealing with such a crisis and be ready to be mobilised at any time when required.

Also present during the event were Co-Chairman of LATMA Elang Brunesia IX; Major (U) Mohammad Fazley bin Hasabullah, the Acting Commanding Officer of No. 3 Wing, RBAirF and Colonel (PnB) Agni Prayogo, Commandant of Wing 4 Lanud Sendjaja, TNI-AU. 

The closing LATMA Elang Brunesia IX/2022 concluded with the closing doa and photo session.





MAJLIS PENUTUP LATMA ELANG BRUNESIA IX/2022

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 12 Oktober 2022 – Latihan dua hari Field Training Exercise (FTX) bagi LATMA Elang Brunesia ke-9 tahun 2022 di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) telah ditutup rasmi pada hari ini dengan perbarisan oleh pemain eksesais daripada kedua tentera udara.

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah Kolonel (U) Haji Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB. Majlis penutup dimulakan dengan membuka patch eksesais dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.

Konsep latihan tahun ini menumpukan latihan medan bagi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR), termasuk pengendalian penurunan kargo udara dan operasi mencari dan menyelamat. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa, bencana alam adalah satu ancaman bukan tradisional yang amat membimbangkan disebabkan perubahan iklim yang pesat, yang memaksa kedua-dua Tentera Udara untuk mengatur corak pengurusan dan pengoperasian yang lebih dinamik agar dapat menyesuaikan peranan teras dengan situasi semasa.

Terlibat semasa FTX sebagai pemain eksesais adalah anggota daripada TUDB iaitu dari Skuadron 11 Cawangan No. 1 dan Skuadron 31 Cawangan No. 3 dan juga anggota daripada TNI-AU dari Skuadron 6, Wing 4 Lanud Sendjaja. Pesawat yang terlibat dari kedua-dua Tentera Udara ialah Blackhawk S70i dan NAS-332 Puma. Dan latihan medan tersebut telah dikendalikan di Drop Zone, Pangkalan Tentera UdaraRimba (PTU Rimba).

Senario-senario dan injects bagi eksesais direka bentuk mengikut isu semasa. Pemain eksesais dari TNI-AU dan RBAirF dapat merancang dengan baik mengikuti prosedur masing- masing, dan ini jelas terbukti apabila kedua-dua Tentera Udara mempamerkan kerjasama dan interoperability yang sangat baik, terutama sekali semasa perlaksanaan operasi tanpa terjadinya unsur-unsur pelanggaran keselamatan dan kemalangan. Oleh itu, adalah penting bagi semua peringkat mengekalkan kecekapan mereka dalam menangani krisis sedemikian dan bersiapsiaga untuk diatur gerak pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Bersama LATMA Elang Brunesia IX; Mejar (U) MohammadFazley bin Hasabullah, Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3, TUDB dan Kolonel (PnB) Agni Prayogo, Komandan Wing 4 Lanud Sendjaja, TNI-AU.

Acara Penutup LATMA Elang Brunei IX/2022 diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar ramai.