RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 17 August 2018
– With the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat has been appointed as the new Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) taking over from Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.
The handover and takeover ceremony held at Rimba Air Force Base was witnessed by Senior Officers, Officers, Airmen, Airwomen and non-uniformed personnel of the Royal Brunei Air Force. The ceremony commenced with the arrival and Honourary Salute by the Guard of Honour to Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar, the outgoing Commander of RBAirF.
The 13th Commander of the RBAirF then proceeded to inspect the Guard of Honour mounted by 109 personnel of the RBAirF under the command of Major (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Mohammad Yusof before delivering his farewell speech. In his final speech Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar firstly expressed his utmost gratitude towards His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam for the trust given to him to lead the RBAirF for almost three years.
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar further extended his appreciation to all members of the RBAirF for their support and cooperation throughout his tenure, and expect it to be maintained for the new Commander of RBAirF. He also emphasised that human resource is very important and critical to the development of a credible organisation where traits such as Honesty, Trust and Loyalty are very important to be instilled in every member of the RBAirF. This should be intensified to further strengthen regional stability by prioritizing the principles of cooperation as an instrument for the harmony that is being enjoyed over the years.
The ceremony continued with the Signing of Handing Over Certificate along with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the incoming Commander of RBAirF marking the official handover before the recitation of ‘Doa Selamat’ and his farewell Honourary Salute.
The ceremony subsequently proceeded with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, the new Commander of RBAirF receiving the Honourary Salute and inspected the mounted Guard of Honour followed by his inaugural speech as the 14th Commander of RBAirF. In his speech, he conveyed his utmost gratitude towards His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam for the trust given to him to take over the responsibility as the new Commander. He also thanked Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar for his significant contribution in developing the RBAirF as it is today. He continued to emphasise on the importance of teamwork, commitment and discipline, as well as spiritual values based on Malay Islamic Monarchy philosophy.
Commander RBAirF then ushered Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar to a Tree Planting Ceremony witnessed by officers of the RBAirF. In bidding his farewell, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar marched together with the officers, airmen and airwomen of the RBAirF to the Air Movement Centre prior to his final flight on an S70i Blackhawk. He had dedicated 32 years of his life serving the RBAirF with distinction.





UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN RIMBA, Jumaat, 17 Ogos 2018 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah dilantik sebagai Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru, mengambil alih daripada Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.
Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB telah berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Rimba yang disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan semua warga anggota TUDB.
Upacara bermula dengan menerima Tabek Hormat sejurus saja ketibaan Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB yang ke 13. Beliau seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 109 anggota TUDB di bawah perintah Mejar (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Mohammad Yusof sebelum menyampaikan ucapan perpisahan beliau.
Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar memulakan ucapan dengan menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah perkenan serta kepercayaan Baginda melantik beliau untuk menerajui tampuk Pemerintahan TUDB selama hampir tiga tahun. Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar juga melanjutkan penghargaan kepada semua lapisan peringkat warga TUDB di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan di sepanjang perkhidmatan beliau dan berharap ianya akan terus dicurahkan kepada Pemerintah TUDB yang baru.
Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar seterusnya menekankan bahawa sumber tenaga manusia adalah sangat penting dalam pembangunan organisasi yang berwibawa di mana nilai-nilai seperti Kejujuran, Amanah dan Taat Setia perlu ditanamkan di dalam sanubari setiap anggota TUDB. Ini mengikut beliau, hendaklah terus dipergiatkan untuk mengukuhkan lagi kestabilan serantau dengan mengutamakan prinsip-prinsip kerjasama sebagai instrumen untuk keharmonian yang dinikmati selama ini.
Upacara diteruskan dengan Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB bersama Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat bagi menandakan rasminya penyerahan tugas Pemerintah TUDB, yang kemudian diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan menerima Tabek Hormat Perpisahan.
Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB kemudiannya diteruskan dengan Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB yang baru menerima Tabek Hormat diikuti dengan memeriksa barisan Kawalan Kehormatan dan memberikan ucapan sebagai Pemerintah TUDB yang ke 14. Beliau memulakan ucapan dengan merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah perkenan serta kepercayaan Baginda untuk beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Pemerintahan TUDB yang baru.
Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar diatas sumbangan beliau yang signifikan dalam memajukan TUDB pada masa ini. Dalam ucapan sulung beliau juga, beliau menekankan kepentingan kerjasama, komitmen, disiplin serta nilai-nilai kerohanian berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja.
Pemerintah TUDB kemudian menjemput Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar ke Majlis Penanaman Pokok yang disaksikan oleh pegawai-pegawai TUDB. Semasa acara perpisahan, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar berarak bersama dengan pegawai-pegawai dan anggota TUDB di sepanjang jalan utama Pangkalan TUDB ke Pusat Pergerakan Udara (PGU) sebelum menaiki pesawat S70i Blackhawk bagi penerbangan terakhir beliau. Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah telah berkhidmat dengan cemerlang selama 32 tahun.