RIMBA AIR BASE, Thurs, 19 November 2015 – The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Shahril Anwar Bin Haji Ma’awiah received a courtesy call and working visit from Major General Richard Felton CBE, Commander UK Joint Helicopter Command. A total of 4 delegates participated with him in his working visit.The visit were focused on further enhancing friendly relationship and bilateral cooperation between the two military organization of both Air Forces and also exchange knowledge and experience in operations and maintenance in military aviation.
The working visit started with a courtesy call with the Commander of RBAirF and exchange momentos. Major general Richard Felton and his entourage were taken to the Air Movement Centre for a briefing sessions from the No. 1 Wing (Operations Wing) Commanding Officer and the No. 5 Wing (Maintenance Wing) to further discussed areas of interest specifically on helicopter operations and maintenance. The visit were ended by visiting static display on several RBAirF assets.




KUNJUNGAN KERJA DARI MEJAR JENERAL RICHARD FELTON CBE, COMMANDER UK JOINT HELICOPTER COMMAND
PANGKALAN TENTERA UDARA, KHAMIS, 19 NOVEMBER 2015 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’wiah telah menerima kunjungan kerja daripada Mejar Jeneral Richard Felton CBE, Commander UK Joint Helicopter Command. Delegasi Mejar Jeneral Richard Felton terdiri dari 4 orang delegasi bagi mengiringi kunjungan beliau.
Kunjungan kerja tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan persahabatan yang sedia wujud serta membincangkan dan meneroka peluang-peluang kerjasama baru dua hala di bidang ketenteraan. Disamping itu ianya juga dihasratkan agar pertukaran pengetahuan dan kemahiran yang menumpukan didalam bidang operasi pesawat helikopter dan bidang pemeliharaan.
Kunjungan bermula dengan kunjungan hormat kepada Pemerintah TUDB dan pertukaran cenderahati. Mejar Jeneral Richard Felton dan rombongan seterusnya dibawa ke Pusat Pergerakan Udara untuk mendengarkan taklimat daripada Pegawai Pemerintah Cawangan Nombor 1 (Cawangan Operasi) bagi penerangan operasi penerbangan TUDB manakala Pegawai Pemerintah Cawangan Nombor 5 (Cawangan Pemeliharaan) memberikan taklimat pemeliharaan. Kunjungan Mejar Jeneral richard Felton di akhiri dengan melawat pameran statik dan bergambar ramai.