BOLKIAH GARRISON, Thursday, 28 November 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) A6 team participated in the Cyber Defence Exercise 2024 (CDEX 2024) organised by the Cyber Defence Unit (CDU), Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF) at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHIBIDSS) from 26 to 28 November 2024
Aimed to enhance the cyber readiness and technical expertise of RBAF personnel in defending critical information systems, the exercise comprised a Scenario-Based Exercise and a Capture-the-Flag (CTF) competition, challenging participants to solve complex network and cybersecurity-related incidents.
Three RBAirF personnel from A6 and Air Engineering Unit (AEU), Technical Equipment maintenance Division (TEMD), No 5 Wing participated in the three-day exercise. Their participation highlights the RBAirF’s ongoing focus on strengthening communication and information systems capabilities and contributing to RBAF’s overall operational effectiveness.
Present to conclude the exercise was Colonel Aldi bin Haji Hassan, Deputy Joint Force Commander RBAF as this year’s CTF competition was fiercely contested, showcasing the skills and teamwork of the participating units. The CDU secured first and second places, while the A6 team claimed third.
RBAirF would like to congratulate the A6 team on their achievement and expresses gratitude to all participating units for their efforts in enhancing the RBAF’s cyber defence readiness.


EKSESAIS PERTAHANAN SIBER 2024: PASUKAN A6 MEMPEROLEH TEMPAT KETIGA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 28 November 2024 – Pasukan A6 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Eksesais Pertahanan Siber 2024 (CDEX 2024) yang dianjurkan oleh Unit Pertahanan Siber (UPS), Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) dari 26 hingga 28 November 2024.
Eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan siber dan kepakaran teknikal anggota ABDB dalam mempertahankan sistem maklumat kritikal. Aktiviti dalam latihan ini termasuk Eksesais Berasaskan Senario dan pertandingan
Capture-the-Flag (CTF), yang mencabar peserta untuk menyelesaikan insiden berkaitan rangkaian dan keselamatan siber yang kompleks.
Tiga anggota TUDB dari A6 dan Unit Kejuruteraan Udara (UKU), Bahagian Penyelenggaraan Kelengkapan Teknikal (BPKT), Cawangan No 5 telah mengambil bahagian dalam eksesais selama tiga hari tersebut. Penglibatan mereka mempamerkan tumpuan berterusan TUDB dalam memperkukuhkan keupayaan sistem komunikasi dan maklumat serta menyumbang kepada keberkesanan operasi keseluruhan ABDB.
Hadir semasa majlis penutup eksesais tersebut adalah Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB. Pertandingan CTF pada tahun ini berlangsung dengan penuh cabaran, mempamerkan kemahiran dan kerjasama pasukan-pasukan yang bertanding. UPS berjaya meraih tempat pertama dan kedua, manakala pasukan A6 mendapat tempat ketiga.
TUDB ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan A6 atas pencapaian mereka dan menyampaikan penghargaan kepada semua unit yang terlibat atas usaha mereka dalam meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan siber ABDB.
