
On the last day, the candidates attended the final assessment test in terms of theory and practical to select the best candidates to be drone operators and drone jammer operators in 233 Squadron. The selected members are planned to be sent for ‘Professional Drone Training ‘at iCentre for 3 days conducted by InnovAero. This training will be held every year to increase the capacity of 233 Squadron personnels in preparation for the arrival of the Medium Range Air Defence (MRAD) system.


LATIHAN DRON DAN PENCEGAH DRON BAGI PEMILIHAN PENGENDALI DRON DAN PENCEGAH DRON YANG BARU BAGI SKUADRON 233
Bukit Agok, Rabu, 23 Mac 2022 –
Skuadron 233, Cawangan No.2 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan Latihan Dron dan Pencegah Dron buat pertama kalinya untuk pemilihan pengendali Dron dan Pencegah Dron yang baru bagi melayakkan untuk mengendali sistem tersebut. Latihan dikendalikan dari 23 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022. Pemilihan calon-calonnya terdiri daripada 9 orang PTB – PTB Kanan yang berpangkat Sarjan menjawat jawatan Ketua
Detachment
dari Skuadron 238.
Latihan ini dikendalikan oleh Jurulatih bantuan dari Markas Angkatan Bersama (MAB) iaitu Pegawai Waran 2 (U) Rudy bin Haji Dinin dan juga anggota berkelayakan dari Skuadron 233. Anggota-anggota telah diajarkan dari segi teori dan praktikal mengenai pengenalan dron dan pencegah dron. Pengenalan bagi tugas dan tanggungjawab juga diajarkan atas dasar sistem ini digunakan semasa gerakan ABDB dan juga gerakan No.1. Anggota-anggota tersebut diajar secara praktikal mengenai tatacara mengendalikan dron dan juga pencegah dron di Padang Tembak Bukit Agok. Latihan tesebut turut melatih anggota-anggota untuk membuat taktikal
Intelligence, Surveillance and Reconnaisance
(ISR) untuk bagi membantu gerakan Search and Locate.
Pada hari terakhir, anggota-anggota telah membuat ujian penilaian akhir dari segi teori dan juga praktikal bagi memilih calon-calon yang terbaik untuk menjadi pengendali dron dan pencegah dron di Skuadron 233. Anggota-anggota yang terpilih dirancang akan dihantar untuk
‘Professional Drone Training’ di
iCentre selama 3 hari yang dikendalikan oleh InnovAero. Latihan ini akan di buat setiap tahun bagi menambah kapasiti pelapis anggota-anggota Skuadron 233 sementara menantikan kedatangan sistem
Medium Range Air Defence (MRAD).