RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 05 November 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an educational visit from Fairview School involving one hundred and two participants comprising students and accompanying teachers. The visit formed part of their learning activity, providing early exposure to the roles, functions, selected assets and operational equipment employed by the RBAirF in safeguarding Brunei Darussalam’s air domain.
The programme featured a static display of RBAirF aircraft, assets and operational equipment, enabling the participants to observe closely the technology and capabilities utilised by the RBAirF. Throughout the engagement, the students also interacted with RBAirF personnel from various operational and technical backgrounds, including the opportunity to experience selected RBAirF uniform items.
The delegation was received and briefed by RBAirF personnel, followed by a walkthrough of selected aircraft, assets and operational sections. The educational visit concluded with group photo sessions with RBAirF personnel present.
This initiative reflects RBAirF’s continuous support in promoting national awareness, youth engagement and appreciation towards air power in defending Brunei Darussalam.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH FAIRVIEW KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 05 November 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Fairview yang melibatkan seratus dua orang peserta terdiri daripada para pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran sekolah, memberikan pendedahan awal mengenai peranan, fungsi serta aset dan kelengkapan operasi terpilih yang digunakan oleh TUDB dalam mempertahankan ruang udara Negara Brunei Darussalam.
Program tersebut turut menampilkan pameran statik yang mempamerkan pesawat, aset dan kelengkapan operasi TUDB, memberikan peluang kepada peserta untuk melihat dengan lebih dekat teknologi dan keupayaan yang digunapakai oleh TUDB. Sepanjang sesi lawatan, para pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan anggota TUDB daripada pelbagai latar belakang operasi dan teknikal, termasuk mencuba beberapa pakaian seragam TUDB terpilih.
Rombongan telah disambut dan diberikan taklimat oleh anggota TUDB, diikuti dengan lawatan ke beberapa pesawat, aset dan seksyen operasi terpilih. Lawatan sambil belajar ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama anggota TUDB yang hadir.
Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha berterusan TUDB dalam mempromosikan kesedaran nasional, penglibatan generasi muda serta apresiasi terhadap peranan dan keupayaan udara dalam mempertahankan Negara Brunei Darussalam.

