RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 29 November 2025
— The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its Family Day in conjunction with the 59th Anniversary of the RBAirF. The event was held at RBAirF Base Sports Complex and gathered RBAirF personnel and their family members. This annual event carried the theme “Families United, Spirits Strengthened”, reflecting the RBAirF’s continuous efforts to enhance the well-being of its personnel and strengthen the bonds of camaraderie within the RBAirF community.
The event was officiated by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, who was accompanied by his spouse. Their presence underscored the RBAirF leadership’s commitment to prioritising the welfare and harmony of its personnel and their families.
The Family Day featured a variety of activities suitable for all ages, including: a brisk walk involving RBAirF personnel and families, a 7-a-side football final match, a tug-of-war competition between RBAirF branches, static displays by RBAirF units, food stalls, and a lucky draw to enliven the event further.
The event aimed to strengthen bonds of friendship and foster the well-being of RBAirF personnel and their families, creating a positive atmosphere and nurturing a strong sense of unity among the RBAirF community. With encouraging participation and a lively turnout, the event continues to serve as an important platform to enhance relationships among personnel and their families, cultivating a harmonious and motivated working environment in the RBAirF.





HARI KELUARGA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-59 TAHUN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 29 November 2025 — Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Hari Keluarga sempena Sambutan Ulang Tahun TUDB ke-59, yang berlangsung di Kompleks Sukan Pangkalan TUDB. Ianya telah menghimpunkan anggota TUDB serta ahli keluarga mereka. Acara tahunan ini membawa tema
“Keluarga Bersatu, Semangat Diperkukuh”, menggambarkan usaha berterusan TUDB dalam meningkatkan kesejahteraan warga serta mengukuhkan ikatan kemesraan dalam komuniti TUDB.
Acara tersebut dirasmikan oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, yang hadir bersama isteri. Kehadiran beliau menzahirkan komitmen pucuk pimpinan TUDB dalam mengutamakan kebajikan dan keharmonian warga serta keluarga mereka.
Hari Keluarga 2025 menampilkan pelbagai aktiviti sesuai untuk semua peringkat umur, antaranya: riadah
brisk walk melibatkan warga TUDB serta keluarga, perlawanan akhir bolasepak 7 orang sepasukan, pertandingan tarik kalat antara cawangan TUDB, pameran statik oleh unit-unit TUDB, gerai makanan, serta cabutan bertuah yang menyerikan lagi acara tersebut.
Acara ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk kesejahteraan dalam kalangan warga TUDB dan keluarga mereka, sekali gus mewujudkan suasana positif serta semangat perpaduan dalam komuniti TUDB. Dengan penyertaan yang menggalakkan dan sambutan yang meriah, Hari Keluarga TUDB 2025 terus berperanan sebagai wadah penting dalam memperkukuh hubungan antara warga dan keluarga, di samping menyemai persekitaran kerja yang harmoni dan bermotivasi.





