RIMBA AIR FORCE BASE, THURSDAY, 06 AUGUST 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) organised a Farewell Luncheon for Major (LS) Darren Ryllo, the outgoing Flight Commander Training, 15 Squadron, No.1 Wing, Operations Group, RBAirF. The luncheon was held in honour of his dedicated service and unwavering commitment to the RBAirF over the past three years.

The event was attended by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, senior officers, and officers of the RBAirF. In his speech, the Commander of the RBAirF expressed his appreciation for the valuable contributions and dedication demonstrated by Major (LS) Darren Ryllo throughout his service, particularly in his instrumental role in the development and establishment of the C295MW capability. His commitment, expertise, and leadership have significantly contributed to enhancing the squadron’s operational capabilities, building a strong foundation for its future growth and readiness within the RBAirF.

Major (LS) Darren Ryllo conveyed his appreciation for the invaluable experiences, professional development, and lasting memories gained during his service, which were made possible through the commitment and dedication of RBAirF personnel. He also extended his heartfelt appreciation to the wider RBAirF family for their encouragement and assistance throughout his tour.

As a token of appreciation and recognition for his dedicated service and significant contributions to the RBAirF, a memento was presented by the Commander of the RBAirF.

The RBAirF would like to wish Major (LS) Darren Ryllo continued success, achievement, and fulfilment in all his future endeavours.

MAJLIS PERPISAHAN BAGI BRITISH LOAN SERVICE OFFICER TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, KHAMIS, 06 OGOS 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan bagi Mejar (LS) Darren Ryllo, Pegawai Penerbangan Latihan, Skuadron 15, Cawangan No.1, Kumpulan Gerakan, TUDB yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti, dedikasi serta komitmen beliau kepada TUDB sepanjang tempoh tiga tahun berkhidmat.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Brigadier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai TUDB. Dalam ucapan beliau, Pemerintah TUDB merakamkan penghargaan atas sumbangan berharga dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh Mejar (LS) Darren Ryllo sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, khususnya dalam peranan penting beliau dalam pembangunan keupayaan pesawat C295MW. Komitmen, kepakaran serta kepimpinan beliau telah banyak menyumbang kepada peningkatan keupayaan operasi skuadron tersebut, di samping membina asas yang kukuh bagi perkembangan dan kesiapsiagaan masa hadapan TUDB. 

Major (LS) Darren Ryllo menyampaikan penghargaan beliau atas pengalaman yang amat bernilai, perkembangan profesional serta kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, yang telah dapat dicapai hasil daripada komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh warga TUDB. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TUDB atas segala sokongan, dorongan serta bantuan yang telah diberikan sepanjang tempoh penugasan beliau.

Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat bakti serta sumbangan beliau kepada TUDB,  Pemerintah TUDB telah menyampaikan cenderahati kepada Major (LS) Darren Ryllo.

TUDB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Major (LS) Darren Ryllo, semoga terus meraih kejayaan di masa hadapan.