RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 04 August 2023 – No. 1 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an engaging ‘Fireside Chat’ session with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the RBAirF Commander at the RBAirF Officers’ Lounge, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). This session, moderated by Major (U) Muhammad Izdihar bin Haji Imran, proved to be a vibrant platform for officers to discuss a plethora of topics and issues in a relaxed and laid-back setting.
The ‘Fireside Chat’ served as a unique opportunity for the RBAirF officers from No. 1 Wing to interact directly with the RBAirF Commander, fostering camaraderie and encouraging open dialogue on various matters of significance to the RBAirF. The interactive session was marked by engaging discussions on operational strategies, professional growth, and the RBAirF’s commitment to excellence. The session’s ambiance created a congenial atmosphere, inspiring officers to voice their thoughts freely and contribute to the ongoing growth of the RBAirF. The session served as a stepping stone to strengthen the bond within the RBAirF and inspire a shared commitment towards excellence.


‘FIRESIDE CHAT’
BERSAMA PEMERINTAH TUDB MEMBERIKAN PERBINCANGAN YANG DINAMIK
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 04 Ogos 2023 – Cawangan No. 1, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menganjurkan sesi
‘Fireside Chat’ dengan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB di Ruang Makan Pegawai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Sesi berkenaan yang dikendalikan oleh Mejar (U) Muhammad Izdihar bin Haji Imran terbukti menjadi platform yang kondusif bagi perbincangan diantara Pegawai-pegawai dalam pembentangan pelbagai topik dan isu dalam suasana yang tenang.
‘Fireside Chat’ merupakan peluang unik bagi Pegawai-pegawai Cawangan No. 1 untuk berinteraksi secara langsung dengan Pemerintah TUDB bagi mendorong dialog terbuka tentang pelbagai perkara yang penting bagi TUDB. Sesi interaktif ini merangkumi perbincangan menyeluruh mengenai strategi operasi, perkembangan kerjaya dan komitmen TUDB kepada kecemerlangan. Sesi terbuka tersebut khususnya mendorong Pegawai-pegawai untuk menyuarakan pemikiran secara bebas dan menyumbang kepada pertumbuhan kemajuan TUDB yang berterusan. Sesi ini secara tidak langsung berperanan untuk mengukuhkan hubungan sesama Pegawai TUDB dan memacu komitmen menuju kecemerlangan.