​​REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 17 March 2023 – Aviation Physiology Training (APT) course was conducted by the Republic of Singapore Air Force (RSAF) from 13 to 17 March 2023. The course took place at the RSAF Aeromedical Centre, Paya Lebar, Republic of Singapore. The course was attended by 14 officers consisting of 06 operational pilots and 08 student pilots.

The APT course aims to educate aircrew and aviation-related personnel regarding the effect of the aviation environment towards the human body physically and mentally, especially personnel operating in a high-altitude medium. The course provides realistic physiological training to aircrew using sophisticated aeromedical simulators, allowing them to experience many of the physiological stressors they may be exposed to while operating the aircraft.

The attendees experienced the effects of rapid decompression of an aircraft, and the effects of hypoxia, breathing in rarefied air by simulation in the Altitude (Hypobaric) Chamber. The attendees were exposed to rapid rates of ascent and descent and the physiological problems associated with such. For Spatial Disorientation, the aircrew experienced the Somatogyral Turntable, a simulator to expose the aircrew to the limitation of the human vestibular system and how the balance organ systems can misinterpret the motion of the aircraft and potentially confuse the aircrew controlling the aircraft. This course is beneficial for aircrews to fly with safety precautions and with the knowledge to avoid any unwanted occurrences. ​

 


EMPAT BELAS PEGAWAI TUDB MENGHADIRI KURSUS

AVIATION PHYSIOLOGY TRAINING (APT)
DI REPUBLIK SINGAPURA


REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 17 Mac 2023 – Kursus
Aviation Physiology Training (APT) telah dikendalikan oleh Tentera Udara Republik Singapura (TURS) dari 13 hingga 17 Mac 2023. Kursus tersebut berlangsung di TURS
Aeromedical Centre, Paya Lebar, Republik Singapura. Kursus ini telah dihadiri oleh 14 orang pegawai yang terdiri daripada 06 juruterbang dan 08 pelatih juruterbang.

Kursus
APT bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada juruterbang terhadap kesan persekitaran penerbangan yang boleh memberikan impak kepada mental dan fizikal terutama sekali kepada juruterbang yang beroperasi pada
altitude yang tinggi. Kursus ini juga menyediakan latihan fisiologi yang realistik dengan menggunakan
aeromedical simulators yang canggih, membolehkan mereka mengalami banyak tekanan fisiologi yang mereka mungkin terdedah semasa mengendalikan pesawat.

Peserta kursus didedahkan kepada keadaan simulasi terkawal menggunakan
Altitude Chamber (Hipobarik), yang mana kabin pesawat disimulasikan untuk mendaki serta menurun dengan kadar cepat. Melalui simulasi ini juga, peserta didedahkan dengan masalah fisiologi seperti kesan
rapid decompression, kesan hipoksia dan juga kesan kekurangan oksigen di altitud kabin yang tinggi. Bagi
Spatial Disorientation, penggunaan simulator
Somatogyral Turntable telah digunakan untuk mendedahkan peserta kursus dengan kejadian dimana peserta dihadapkan dengan situasi yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sistem organ imbangan yang berkemungkinan boleh mengelirukan pengawalan pesawat pada operasi sebenar. Kursus ini bermanfaat untuk
aircrew yang akan membuat penerbangan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.