Rimba Air Force Base, Monday, 31 January 2022 – The Operations Group Headquarters, RBAirF held a Handover Ceremony between Colonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said, the outgoing Commander Operations Group, with Lieutenant Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, the incoming Commander Operations Group at Air Movement Centre, Rimba Air Force Base today. Also in attendance were Senior Officers, Officers, Regimental Sergeant Major and RBAirF personnel.
The ceremony began with a ceremonial salute from the outgoing Commander Operations Group followed by a speech. The ceremony continued with the signing of the Handing Over Certificate between Colonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said and Lieutenant Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin which marks the official transfer of leadership and command of the Commander Operations Group, RBAirF. As the newly appointed Commander Operations Group of RBAirF, Lieutenant Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin also delivered his inaugural speech during the ceremony.
The ceremony concluded with a closing doa led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. Colonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said who has held the position for over 1 year will be posted as Head of Joint Doctrine and Warfare Center, Joint Force Headquarters. The ceremony was conducted in accordance with Standard Operating Procedures and guidelines issued by the Ministry of Health.


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH KUMPULAN GERAKAN TUDB
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 31 Januari 2022 – Markas Kumpulan Gerakan, TUDB telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said, Mantan Pemerintah Kumpulan Gerakan dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB yang baharu bertempat di Pusat Gerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba pagi ini. Turut hadir di upacara tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Rejimen Sarjan Mejar dan anggota-anggota TUDB.
Upacara dimulakan dengan Tabik Hormat Mantan Pemerintah Kumpulan Gerakan dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah Kumpulan Gerakan. Acara diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah Kumpulan Gerakan di antara Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB secara rasmi. Sebagai Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB yang baru, Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin juga berpeluang menyampaikan ucapan rasmi beliau semasa upacara tersebut.
Upacara tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Hj Zainuddin. Kolonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said telah memegang jawatan sebagai Pemerintah Kumpulan Gerakan selama lebih 1 tahun yang mana memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama, Markas Angkatan Bersama. Upacara tersebut telah dikendalikan mengikut Prosedur Operasi Standard dan garispandu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.