Rimba Air Base, Friday, 05 February 2021 – The Mess Committee of Royal Brunei Air Force (RBAirF) Warrant Officers, Staff Sergeants, Sergeants of 2020/2021 has held a Handover Ceremony for the new committee members of 2021/2022 at Dewan Punai, Rimba Air Base.
Present as the Guest of Honour was WO1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim @ Haji Awang Damit, RBAirF’s Sergeant Major. In attendance were the RBAirF’s Group Regimental Sergeant Major, the President of the Mess Committee, the Base Sergeant Major, the Drill Sergeant Majors, Warrant Officers and Senior Ranks.
The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah led by Sgt (U) Musa bin Haji Sahat and followed by the handing over ceremony between WO1 (U) Sumarday bin Haji Nayan, the outgoing President of the Mess Committee 2020/2021 and WO1 (U) Nazriee bin Haji Sharbini, as the newly appointed President of the Mess Committee for 2021/2022. The ceremony continued with the appointment of the new committee members of 2021/2022 and followed by a speech from outgoing President of the Mess Committee.
In his speech, he reminded the newly appointed mess committee in bearing the roles and responsibilities as well to ensure the monthly individual mess bills are paid accordingly and on time. The event concluded with the recital of
Doa Selamat, led by Sgt (U) Musa bin Haji Sahat and a photo session.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BAGI AHLI JAWATANKUASA MES PEGAWAI WARAN, STAF SARJAN DAN SARJAN TUDB
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 05 Februari 2021 – Ahli Jawatankuasa (AJK) Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bagi tahun 2020/2021 telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas kepada AJK yang baharu bagi tahun 2021/2022 yang bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah PW1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim @ Haji Awang Damit, Sarjan Mejar TUDB. Turut hadir ialah Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan, Sarjan Mejar Pangkalan, Yang Di-Pertua (YDP) AJK Mes TUDB, PTB Kanan yang Terkanan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan, Sarjan Mejar Cawangan dan PTB-PTB Kanan TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Sjn (U) Musa bin Haji Sahat dan diiukuti dengan acara Serah Terima Tugas diantara PW1 (U) Sumarday bin Haji Nayan, YDP AJK Mes TUDB bagi tahun 2020/2021 dan PW1 (U) Haji Nazriee bin Haji Sharbini, YDP AJK Mes TUDB yang baru dilantik bagi tahun 2021/2022. Acara diteruskan dengan perlantikan ahli AJK yang baharu dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan YDP Mes TUDB.
Dalam ucapan Mantan YDP Mes TUDB, beliau memberi peringatan kepada ahli yang baru dilantik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan serta sentiasa memastikan Mes Bil dilunaskan setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan bergambar ramai.