RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 31 July 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Training Group held a Handover Ceremony at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base, marking the official transfer of command from Colonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh to Lieutenant Colonel (Udara) Amierul Halpi bin Talip.

The proceedings commenced with a ceremonial parade. Following the arrival of Officers and guests, the outgoing Commandant, Colonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin, was accorded an honorary salute before conducting his final inspection of the parade.

The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a farewell address from the outgoing Commandant. The formal transfer of authority was finalized through the signing of the Handover Certificates and the presentation of a symbolic Leadership Compass memento, signifying the official transfer of command.

Following a final salute and the departure of the outgoing Commandant, the parade accorded an honorary salute to Lieutenant Colonel (Udara) Amierul Halpi as the newly appointed Commandant, who then conducted his inaugural parade inspection. In his maiden address, the new Commandant emphasized the critical role of training in shaping capable, disciplined personnel. He called upon all ranks within the Training Group to maintain high standards of professional excellence in developing RBAirF human capital.

The event concluded with a closing prayer recitation and a group photograph session. This change of command reflects the steady growth of the Training Group since its establishment on 24 June 2024, reaffirming the RBAirF’s commitment to robust leadership and operational continuity within its training institutions.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN KUMPULAN LATIHAN, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 31 Julai 2026 – Kumpulan Latihan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, bagi menandakan peralihan rasmi jawatan Komandan Kumpulan Latihan TUDB daripada Kolonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh kepada Leftenan Kolonel (Udara) Amierul Halpi bin Talip.

Majlis dimulakan dengan perbarisan rasmi. Sejurus selepas ketibaan para Pegawai dan jemputan, Komandan yang berpindah tugas, Kolonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin, telah menerima tabik hormat sebelum melaksanakan pemeriksaan perbarisan buat kali terakhir selaku Komandan.

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Komandan yang berpindah tugas. Peralihan kuasa rasmi kemudiannya dimutakhirkan melalui penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas serta penyampaian cenderahati simbolik berupa Kompas Kepimpinan, yang membawa makna penyerahan rasmi kepimpinan dan pemerintahan.

Selesai penghormatan terakhir dan pengiringan keluar Komandan yang lama, perbarisan memberikan tabik hormat kepada Leftenan Kolonel (Udara) Amierul Halpi selaku Komandan Kumpulan Latihan yang baharu dilantik, yang seterusnya melakukan pemeriksaan perbarisan buat julung kalinya. Dalam ucapan sulungnya, Komandan yang baharu menekankan peranan kritikal latihan dalam membentuk anggota yang berkebolehan dan berdisiplin. Beliau turut menyeru seluruh peringkat anggota dalam Kumpulan Latihan untuk terus berusaha mengekalkan kecemerlangan profesional demi pembangunan modal insan TUDB.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai. Pertukaran tampuk kepimpinan ini mencerminkan perkembangan Kumpulan Latihan sejak penubuhannya pada 24 Jun 2024, sekali gus memperkukuh komitmen TUDB dalam meningkatkan mutu kepimpinan dan kesinambungan dalam institusi latihannya.