Rimba Air Force Base, Friday, 01 April 2022 – The Support Group of Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover Ceremony between Warrant Officer 1 (U) Ibrahim bin Mohidin, the outgoing Regiment Sergeant Major (RSM) of RBAirF Support Group, with Warrant Officer 1 (U) Mohammad Suziman bin Sabli, the incoming Regiment Sergeant Major (RSM) of RBAirF Support Group today.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN KUMPULAN BANTU TUDB
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 01 April 2022 – Markas Kumpulan Bantu Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Pegawai Waran 1 (U) Ibrahim bin Mohidin, Mantan Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Bantu TUDB dengan Pegawai Waran 1 (U) Mohammad Suziman bin Sabli, Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Bantu TUDB yang baharu pada hari ini.
Sejurus tiba, Mantan Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Bantu TUDB menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota Markas Kumpulan Bantu yang diketuai oleh Sarjan Mejar Kawad TUDB Kumpulan Bantu, Pegawai Waran 2 (U) Mohammad Kamali bin Haji Kadir.
Upacara dimulakan dengan ucapan daripada Mantan RSM Kumpulan Bantu TUDB. Dalam ucapannya, beliau mengetengahkan kepentingan peranan setiap anggota dalam memastikan kejujuran, keikhlasan dan disiplin di standard yang tertinggi bagi menjaga maruah dan memelihara kepercayaan Negara terhadap anggota-anggota sebagai penjaga kedaulatan Negara.
Upacara diteruskan dengan Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Bantu TUDB yang baharu menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan. Penandatanganan sijil serah terima tugas dilaksanakan diantara Mantan RSM dan RSM yang baharu sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab sebagai RSM Kumpulan Bantu TUDB.
Untuk memberkati upacara tersebut, bacaan doa selamat dibaca oleh Ustaz Pengiran Fakrul Syakirin bin Pengiran Zainuddin, Guru Ugama TUDB.