​​Rimba Air Force Base, Monday, 13 February 2023 – The No. 2 wing, Operations Group of Royal Brunei Air Force (RBAirF), held a Handover Ceremony between Warrant Officer 1 (U) Sharun bin Dullah, the outgoing Wing Sergeant Major (WSM) of No. 2 Wing, with Warrant Officer 2 (U) Nikman bin Haji Momin, the incoming WSM of No. 2 Wing today.

Upon arrival, the outgoing WSM received an Honorary Salute and later inspected the Guard of Honour comprised of personnel of the No. 2 Wing, led by Staff Sergeant (U) Saiful Azmi bin Awang Zaini, Troop Sergeant Major of 233 Squadron, No. 2 Wing.

The ceremony continued with a speech by the outgoing WSM of No. 2 Wing. In his speech, he emphasized the importance of honesty, sincerity and discipline at its highest standards to maintain dignity and preserve the trust of the nation as the protector of the sovereignty of the country.

The ceremony continued with the incoming WSM receiving an Honorary Salute and later inspecting the Guard of Honour. The ceremony is followed by the signing of the Handing Over Certificate between the outgoing WSM of No. 2 Wing and the incoming WSM of No. 2 Wing, which marks the official transfer of duties and responsibilities of the WSM of No. 2 Wing. The ceremony concluded with the closing doa led by Private (U) Mohammad Khairul Azizan bin Haji Bahrum.


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR CAWANGAN NO. 2


Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 13 Februari 2023 – Markas Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Pegawai Waran 1 (U) Sharun bin Dullah, Mantan Sarjan Mejar Cawangan No. 2 dengan Pegawai Waran 2 (U) Nikman bin Haji Momin, Sarjan Mejar Cawangan No. 2 yang baharu pada hari ini.

Sejurus tiba, Sarjan Mejar Cawangan No. 2 menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota Cawangan No. 2 yang diketuai oleh Staf Sarjan (U) Saiful Azmi bin Awang Zaini, Sarjan Mejar Terup Skn 233, Cawangan No. 2.

Upacara dimulakan dengan ucapan daripada Mantan Sarjan Mejar Cawangan No 2. Dalam ucapannya, beliau mengetengahkan kepentingan peranan setiap anggota dalam memastikan kejujuran, keikhlasan dan disiplin yang tertinggi bagi menjaga maruah dan memelihara kepercayaan Negara terhadap anggota-anggota sebagai penjaga kedaulatan Negara.

Upacara diteruskan dengan Sarjan Mejar Cawangan No. 2 yang baharu menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan. Upacara diakhiri dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas diantara Mantan Sarjan Mejar Cawangan No. 2 dan Sarjan Mejar Cawangan No. 2 yang baharu sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab sebagai Sarjan Mejar Cawangan No. 2. Bagi memberkati upacara tersebut, bacaan doa selamat dibaca oleh Soldadu (U) Mohammad Khairul Azizan bin Haji Bahrum.