BERAKAS, Sunday, 16 April 2023 –
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a religious activity with former Commanders and Senior Officers of RBAirF in conjunction with the Holy Month of Ramadhan at Rumah Wira Angkasa, the official residence of Commander of RBAirF.
Present at the event was Major General (Rtd) Pengiran Dato Paduka Seri Haji Abidin bin Pengiran Ahmad, Brigadier General (Rtd) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah, Major General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Senior Officers, Officers dan Warrant Officers of RBAirF. The ceremony began with the recital of Sayyidul Istighfar, Surah Yassin, Tahlil followed by light Iftar and mass Maghrib prayers. The ceremony then continued with a mass Isya’, Tarawih and Witir prayers which then concluded with light refreshments as well as gifts presentation to former Commanders of RBAirF.
This ceremony is the first event held at Rumah Wira Angkasa. It is hoped that the event will further strengthen bond with the former RB AirF Commanders in addition to reaping the blessings of worship in this Holy Month of Ramadhan.



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEMERINTAH & PEGAWAI-PEGAWAI KANAN TUDB
BERAKAS, Ahad, 16 April 2023 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohmmad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Pemerintah dan Pegawai-pegawai Kanan TUDB di Rumah Wira Angkasa, rumah kediaman rasmi kepada Pemerintah TUDB.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Mejar Jeneral (B) Pengiran Dato Paduka Seri Haji Abidin bin Pengiran Ahmad, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim bin Haji Mohammed, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Jofri bin Haji Abdullah, Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Pegawai Waran TUDB. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yassin dan Tahlil, diikuti dengan berbuka puasa dan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah. Majlis kemudian diteruskan dengan menikmati jamuan berbuka puasa bersama-sama dan seterusnya sembahyang fardhu Isya’ dan sembahyang sunat Tarawih dan Witir. Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan serta penyampaian buah tangan khas kepada Mantan-Mantan Pemerintah TUDB.
Majlis ini adalah acara julung-julung kali diadakan di Rumah Wira Angkasa. Majlis tersebut diharap akan lebih mengeratkan lagi silaturrahim dengan mantan mantan Pemerintah TUDB di samping mengaut keberkatan beribadah di bulan Ramadhan yang suci ini.


