
RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 01 June 2026 – Five officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and four officers from the Philippine Air Force (PAF) participated in the inaugural Air Domain Awareness Subject Matter Expert Exchange (SMEE) Program today. The bilateral session was co-chaired by Major (Udara) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Commanding Officer of No. 3 Wing, RBAirF, and Colonel Ferdinand L. Benitez, Executive Officer OA-3, PAF.
Following welcoming remarks by both co-chairmen, the program served as a vital bilateral platform for both air forces to exchange strategic insights and share professional experiences on contemporary aviation security matters.
A key focus of the dialogue was placed on the critical role of interoperability in enhancing regional situational awareness. The delegation emphasized the importance of structured information sharing, tactical coordination, and the alignment of common operating practices. Furthermore, the exchange enabled both nations to gain a deeper understanding of their respective operational approaches and capabilities, while successfully identifying mutual areas of interest to spearhead future security engagements and defense cooperation.
The successful conclusion of the inaugural program marks a significant milestone in advancing professional dialogue, fostering mutual trust, and elevating bilateral cooperation between the RBAirF and the PAF.


PROGRAM PERTUKARAN PAKAR SUBJEK (SMEE) KESEDARAN DOMAIN UDARA PERTAMA DI ANTARA TUDB DAN TUF DIADAKAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 01 Jun 2026 – Seramai lima orang pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan empat orang pegawai daripada Tentera Udara Filipina (TUF) telah menyertai Program Pertukaran Pakar Subjek (Subject Matter Expert Exchange (SMEE)). Kesedaran Domain Udara yang julung kalinya diadakan hari ini. Sesi dua hala tersebut dipengerusikan bersama oleh Mejar (Udara) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Pemerintah Cawangan No. 3, TUDB, dan Kolonel Ferdinand L. Benitez, Pegawai Eksekutif OA-3, TUF.
Sejurus selepas ucapan alu-aluan daripada kedua-dua pengerusi bersama, program berkenaan berfungsi sebagai platform dua hala yang penting bagi kedua-dua tentera udara untuk bertukar-tukar pandangan strategik serta berkongsi pengalaman profesional mengenai isu-isu keselamatan penerbangan kontemporari.
Fokus utama dialog tersebut telah ditumpukan kepada peranan kritikal kebolehoperasian (interoperability) dalam mempertingkatkan kesedaran situasi serantau. Delegasi kedua-dua belah pihak menekankan kepentingan perkongsian maklumat yang teratur, penyelarasan taktikal, serta penyelarasan amalan terbaik operasi bersama. Selain itu, pertukaran ini membolehkan kedua-dua buah negara memahami dengan lebih mendalam pendekatan dan keupayaan operasi masing-masing, di samping berjaya mengenal pasti bidang berkepentingan bersama bagi menerajui penglibatan keselamatan dan kerjasama pertahanan pada masa hadapan.
Kejayaan penutupan program sulung ini menandakan satu mercu tanda penting dalam memajukan dialog profesional, memupuk kepercayaan bersama, serta memperkukuh kerjasama dua hala antara pihak TUDB dan TUF.
