RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 21 October 2022 – 11 Squadron of No. 1 Wing held an interaction program with Helicopter Detachment Team, Republic of Singapore Air Force (RSAF) today.
The interaction program consisted of Subject Matter Expert Exchange (SMEE) Program held at 11 Squadron, Hangar A, Rimba Air Force base (Rimba AFB). Lieutenant Colonel (U) Walee bin Haji Roslie, Commanding Officer No. 1 Wing welcomed the Helicopter Detachment Team, led by Lieutenant Colonel Ng Kehang for the SMEE session.
The theme for this year’s edition was Search and Rescue (SAR) Operations, where Captain (U) Aizat bin Jaime and Sergeant (U) Muhammad Nabil Hasbullah bin Mohd Rizal from 11 Squadron presented on the challenges in operating in the jungle environment, whereas Captain Boh Jin Hua Samuel from RSAF presented on SAR operations over the water.
The interaction program served as a platform for both aviation units to share common practices and any challenges that arise over the years, and to foster friendship with each other. The interaction program is an initial point for more training exchanges in the near future.
The day was concluded with Helicopter Detachment Team, RSAF hosting a friendly volleyball match at Aman Camp, Sungai Tilong.




PROGRAM INTERAKSI DIANTARA TUDB DAN HELICOPTER DETACHMENT TEAM, RSAF
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 21 Oktober 2022 – 11 Skuadron, Cawangan No. 1 menjadi tuan rumah bagi Program Interaksi bersama Helicopter Detachment Team, Republic of Singapore Air Force (RSAF) pada hari ini.
Program interaksi ini terdiri daripada sesi Subject Matter Expert Exchange (SMEE) di 11 Skuadron, Hangar A, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Leftenan Kolonel (U) Walee bin Haji Roslie, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 hadir bagi menyambut rombongan RSAF yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Ng Kehang bagi sesi tersebut.
Tema bagi edisi tahun ini adalah Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue – SAR) yang mana Kapten (U) Aizat bin Jaime dan Sarjan (U) Muhammad Nabil Hasabullah bin Mohd Rizal dari 11 Skuadron menyampaikan tatacara dan rintangan dalam operasi di kawasan hutan, dan Kapten Boh Jin Hua Samuel dari RSAF menyampaikan pembentangan mengenai operasi SAR di kawasan perairan.
Program interaksi ini adalah satu platform bagi kedua pihak untuk sama-sama berkongsi amalan terbaik dan cabaran yang telah dihadapi, selain dari memupuk semangat persahabatan diantara kedua unit penerbangan. Program interaksi juga adalah titik permulaan bagi lebih banyak pertukaran latihan diantara kedua pihak di masa akan datang.
Program interaksi tersebut diakhiri dengan sesi sukan Bola Tampar yang telah dihoskan oleh RSAF di Kem Aman, Kampung Sungai Tilong.


