KAMPONG PUTAT, Tuesday, 04 April 2023 – The annual Royal Brunei Air Forces (RBAirF) Ihya Ramadhan programme was held at Kampung Putat Mosque today.

The function jointly organised by the Takmir Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate (JAMA’AT) was one of the many functions under the programme aimed at strengthening the ties especially with the rural community, to collectively acquire the abundant benefits and reward promised by Allah Subhanahu Wata’ala in this holy month of Ramadhan.

The function began with Mass Isya’ Prayer,
Sunat Tarawih and
Witir Prayers led by Sh’minan bin Awang Haji Sulaiman, Imam of Kampong Putat Mosque. The function continued with a
Tadarus Al-Quran by the congregation and concluded with the handing over of donations to the mosque.

Present was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also present were Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Member of The Legislative Council and the
Penghulu of Mukim Lumapas, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Member of The Legislative Council and the Head of Village of Kampong Putat, Senior Officers, Officers and personnel of RBAirF and JAMA’AT.


PROGRAM JANGKAUAN RAMADHAN DI MASJID KAMPONG PUTAT

KAMPONG
PUTAT,
Selasa,
04 April 2023 – Program Tahunan Ihya Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang sedang berterusan diadakan di Masjid Kampung Putat pada hari ini.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Takmir Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) dan Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) tersebut adalah sebahagian daripada acara-acara keugamaan di bawah program tersebut yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, terutama bersama masyarakat setempat dalam sama-sama merebut kemanfaatan dan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata’ala di bulan Ramadhan.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir yang diimamkan oleh Sh’minan bin Awang Haji Sulaiman. Majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran oleh para jemaah dan diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid kampung tersebut.

Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama ialah Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Lumapas, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampong Putat, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB dan JAMA’AT.