Rimba Air Base, Friday, 22 January 2021 – No. 31 Squadron (PATDU), No. 3 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a Jungle Search and Rescue (SAR) exercise for the
Exercise Menyelamat Wira Angkasa at Rimba Air Base. The exercise was conducted in particular for the Jungle Rescue Team (JRT) as its objectives are to asses and identify gaps in the JRT Standard Operating Procedures and its execution for enhancing their current capability.
The scenario is based on a helicopter in distressed in the midst of conducting an aerial border patrol, in which the JRT was activated by Air Operation Centre (AOC). The JRT assembled within the 1-hour callout procedure, followed by a quick jungle SAR order by the Team Leader before scrambling to the identified crash site to rescue crash victims. Present to witness the exercise was Lt Col (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, the Commanding Officer of No. 3 Wing.
Jungle SAR aims to rescue distressed personnel in remote areas that were not accessible by land transport, and to give early medical treatment to preserve lives before being rushed to the nearest medical centre.


PASUKAN PENYELAMAT HUTAN DIAKTIFKAN BAGI EKSESAIS MENYELAMAT WIRA ANGKASA
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 22 Januari 2021 – No. 31 Skuadron (PATDU), Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menjalankan latihan mencari dan menyelamat bagi Eksesais Menyelamat Wira Angkasa di Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir menyaksikan eksesais tersebut adalah Lt Kol (U) Haji Mohd Rahimin bin Haji Ismail, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3.
Tujuan eksesais ini dilaksanakan adalah untuk menguji cuba dan mengenal pasti kekurangan di dalam Prosedur Tetap Pasukan Penyelamat Hutan dan perlaksanaannya bagi meningkatkan lagi kepiawaian operasi di masa akan datang.
Senario bagi eksesais tersebut adalah berdasarkan helikopter yang terhempas semasa membuat rondaan sempadan udara. Pasukan Penyelamat Hutan telah diaktifkan oleh Pusat Gerakan Udara dan pasukan tersebut telah bertindak mengikut prosedur tetap panggilan kecemasan dalam masa 1 jam dan ketua pasukan memberi penerangan situasi dan arahan kepada Pasukan Penyelamat Hutan bagi persediaan sebelum melaksanakan operasi menyelamat.
Matlamat bagi Pasukan Menyelamat Hutan adalah bagi menyelamatkan anggota daripada pesawat yang terhempas di kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat dan seterusnya memberikan rawatan awal sebelum di hantar ke rumah sakit yang berdekatan.