​

TEMBURONG, Tuesday, 24 January 2023 – A total of 03 Student Pilots and 04 Abinitio Crewmen from 73 Squadron, No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) underwent Jungle Survival Training and Rescue Simulation in Temburong from 24 – 27 January 2023.

The course started with an introduction to the Survival Equipment taught by aircrew representatives from 12 Squadron of No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF, and a briefing on basic jungle etiquettes by representatives from The Religious Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT). The training continued with a demonstration of shelter building, identifying edible animals and plants, and building animal traps taught by instructors from 236 Squadron of No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF. In addition, the training included Basic First Aid and proper chicken slaughtering techniques. During the course, course participants were required to build personal and group shelter, fire pits, and animal traps. The course concluded with a Navigation Exercise (NavEx) from the shelters to a designated Landing Point, followed by a live rescue winch, a simulated rescue by S70i Black Hawk from 11 Squadron, No. 1 Wing.

The Jungle Survival Training and rescue simulation aims to provide course participants with knowledge and experience on how to survive in the jungle and expose course participants to the environment they might encounter if such emergencies occur and landing is imminent.



LATIHAN IKHTIAR HIDUP BAGI PELATIH JURUTERBANG DAN PELATIH ANAK BUAH PESAWAT SIRI 01/2023

TEMBURONG, Selasa, 24 Januari 2023 – Seramai 03 orang pelatih-pelatih Juruterbang dan 4 orang Pelatih-Pelatih anak buah pesawat daripada 73 Skuadron, Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menjalani Latihan Ikhtiar Hidup Di Hutan dan Simulasi Menyelamat di Daerah Temburong pada 24 hingga 27 Januari 2023.

Kursus dimulakan dengan pengenalan kepada peralatan Survival Equipment yang disampaikan oleh anggota dari 12 Skuadron, Cawangan No.1, Kumpulan Gerakan, TUDB dan taklimat etika di dalam hutan oleh anggota daripada Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Latihan diteruskan dengan demonstrasi membina tempat perlindungan, pengenalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan serta teknik membuat perangkap haiwan yang diajarkan oleh anggota dari Skuadron 236, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB. Kursus tersebut turut mengajar Asas Pertolongan Cemas dan juga cara-cara penyembelihan ayam yang betul. Peserta kursus turut diajarkan teknik membina tempat perlindungan persendirian dan berkumpulan, menghidupkan api serta memasang perangkap haiwan. Kursus diakhiri dengan Latihan Navigasi (NavEx) dari tempat perlindungan ke Landing Point yang ditetapkan dan diikuti dengan live winching yang merupakan simulasi penyelamatan oleh S70i Black Hawk dari 11 Skuadron, Cawangan No. 1.

Objektif Latihan Ikhtiar Hidup Di Hutan dan simulasi menyelamat adalah untuk melengkapkan peserta kursus dengan pengetahuan dan pengalaman tentang cara untuk hidup di dalam hutan dan mendedahkan peserta kursus dengan situasi yang mungkin mereka hadapi jika berlakunya kecemasan dan harus melakukan pendaratan.