RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 22 October 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed students from Junjongan Primary School, Cluster 1, as part of an organised school tour, which was arranged as a post-examination activity. A total of 31 visitors made up of students and teachers visited Rimba Air Force Base.
The visit began with a brief presentation upon arriving at Hangar A, Rimba Air Force Base, followed by an overview of the RBAirF’s capabilities, including a tour of RBAirF aircraft, equipment, and assets. Interactive activities with RBAirF personnel provided the students with hands-on experience in handling equipment, an opportunity to try on RBAirF uniforms, and an in-depth tour of various aircraft, before concluding with a group photo session.
The educational visit to the RBAirF aimed to provide students with valuable experiences that could enhance their learning and contribute to their personal development.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH JUNJONGAN, KLUSTER 1 KE TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 22 Oktober 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyambut lawatan sambil belajar Sekolah Rendah Junjongan, Kluster 1 yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan ianya adalah sebahagian daripada aktiviti sekolah setelah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun. Seramai 31 pelawat termasuk penuntut-penuntut dan guru-guru turut serta dalam lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas di Hangar A, Pangkalan Tentera Udara, Rimba dan diteruskan dengan memberikan penuntut-penuntut pandangan mengenai kemampuan TUDB dengan lawatan pesawat TUDB, peralatan dan aset. Aktiviti interaktif sebegini membolehkan penuntut-penuntut untuk mengendalikan peralatan, berpeluang untuk mencuba pakaian seragam TUDB dan menerokai pesawat dengan lebih dekat, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada penuntut-penuntut yang boleh menyumbang kepada pembelajaran dan pembangunan peribadi mereka.
