BRUNEI MUARA DISTRICT, Tuesday, 11 March 2025 –
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) reaffirmed its commitment to community service by extending assistance to two families of retired Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel through the ‘Kamathali Habbah’ Project, held on 11 March 2025. This initiative forms part of the RBAF’s continuous efforts to foster unity and strengthen
bonds with retired personnel in conjunction with the RBAF’s 63rd Anniversary.
The donations were personally presented by Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohd Said, Deputy Commander of RBAirF, at the recipients’ residences in Kampong Terunjing Baru and RPN Kampong Rimba. The assistance provided includes essential daily necessities such as food, household supplies, and healthcare items, aimed at providing meaningful support to the recipients.
This project has continued to receive strong support from the RBAF, following the success of previous editions, further encouraging personnel to participate in efforts to assist those in need. Such initiatives not only reinforce the spirit of care within the RBAF but also strengthen the relationship between the organisation and the community.



PROJEK KAMATHALI HABBAH BERSEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-63
DAERAH BRUNEI MUARA, Selasa, 11 Mac 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) meneruskan komitmen terhadap tanggungjawab sosial dengan menyantuni dua keluarga anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah bersara menerusi ‘Projek Kamathali Habbah’ yang berlangsung pada 11 Mac 2025. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ABDB dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuhkan jalinan silaturahim dengan pesara ABDB sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-63.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohd Said, Timbalan Pemerintah TUDB, di kediaman penerima bertempat di Kampong Terunjing Baru dan RPN Kampong Rimba. Sumbangan yang disalurkan merangkumi barangan keperluan asas harian seperti makanan, kelengkapan rumah serta barangan kesihatan, bertujuan membantu para penerima.
Projek ini terus mendapat sokongan padu daripada ABDB berdasarkan kejayaan siri-siri terdahulu, sekali gus mendorong lebih ramai anggota ABDB untuk turut serta dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif sebegini tidak hanya memperkukuhkan budaya prihatin dalam kalangan warga ABDB, malah turut mengukuhkan hubungan baik antara organisasi dan masyarakat.
