​Bolkiah, Khamis 07 April 2017 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak peringkat TUDB berlangsung di Mini Stadium Bolkiah Garison dan disaksikan oleh Yang Mulia Brigadier General Dato Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB juga Tetamu kehormat bagi kejohanan akhir ini

Perlawanan akhir adalah diantara Pasukan No 4 Wing dengan Pasukan Gabungan No 6 & 7 Wing. Perlawanan sengit itu berakhir dengan keputusan Pasukan No 4 Wing menang 1 – 0. Dengan itu secara langsung menjadikan Pasukan No 4 Wing juara bagi Kejohanan Bolasepak pada petang itu. Manakala Pasukan Gabungan No 6 & 7 Wing seterusnya tersasar sebagai Naib Juara.

Kejohanan Bolasepak Peringkat TUDB ini telah bermula pada 02 Mac 2017 dengan menggunakan format ‘Double Knock Out’. Tujuan sebenar kejohanan ini adalah untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi bagi mewakili Pasukan Bolasepak TUDB untuk Kejohanan Bolasepak Peringkat ABDB nanti. Pada masa yang sama, ianya adalah untuk memupuk semangat dikalangan pemain- pemain bolasepak TUDB dan seterusnya merebut piala pusingan perlawanan.

Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah daripada pasukan Gabungan No 1 & 3 Wing, No 2 Wing, No 4 Wing, No 5 Wing dan Gabungan 6 & 7 Wing.

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang diteruskan selepas selesai perlawanan petang itu dan disampaikan oleh Tetamu Kehormat.



Bolkiah, Thursday 07 April 2017 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its Football Championship Final at the Bolkiah Mini Stadium and was attended by Brigadier General Dato Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Commander of RBAirF as well the guest of honor for this event.

The final match was between No 4 Wing against collaboration of Number 6 & 7 Wing. The match concluded with a score of 1- 0, won by Number 4 Wing. With that, the champion for the league was officially No 4 Wing. Collaboration of No 6 & 7 Wing automatically became the runner-up.

The Football League for RBAirF level began on the 2nd of March 2017 with a Double Knock Out format. The main purpose of this league is to identify potential players who can represent The Royal Brunei Air Force for the Football League on Royal Brunei Armed Forces Level. At the same time, the intention of the league is to lift the spirits of RBAirF football players as well as encouraging them to thrive for the Winner’s Cup.

The teams that competed in this League are Collaboration of No 1 and 3 Wing, No 2 Wing, No 4 Wing, No 5 Wing and Collaboration of No 6 & 7 Wing.

The Prize Presentation to the players was held after the match and was awarded by the Guest of Honor.