Pusat SMARTER Kg Perpindahan Mata-Mata, Jumaat 12 Ogos 2016 – Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang ke 50 Tahun, anggota-anggota telah menjalankan kempen kebersihan di Pusat SMARTER Kg Perpindahan Mata-Mata pagi ini.Kempen kebersihan ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh TUDB untuk memupuk niat baik di kalangan anggota TUDB dan meningkatkan tahap kesedaran anggota terhadap autisme. Kempen kebersihan diketuai oleh 486 Mejar (U) Johar Bin Haji Abdullah, Pengerusi Majlis Kemasyarakatan TUDB Sempena HUT TUDB ke 50 Tahun.
Turut hadir menyambut anggota-anggota TUDB ialah Presiden SMARTER Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman bersama kakitangan pusat tersebut. SMARTER Brunei telah beroperasi selama lebih 10 tahun, dan merupakan pertubuhan NGO yang aktif dan berdedikasi dalam memberi perkhidmatan kepada keluarga dan kanak-kanak yang menghadapi cabaran autisme.