RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 20 April 2023 – In commemoration of the final nights of Ramadhan 1444H, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Khatam Al-Quran ceremony at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present at the ceremony was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers and Airmen.

This year’s Khatam Al-Quran ceremony gathered a total of 30 Al-Quran readers from RBAirF and civilians whom have been performing daily recitals of the Quran since the beginning of Ramadhan to grace the holy month. 

The Khatam Al-Quran ceremony commenced with a recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Ad-Dhuha until Surah An-Nas, followed by Takhtim Doa Khatam and Dikir Marhaban and recitation of Doa Peliharakan Negara dan Sultan led by Imam Surau Al-Barakah. It was followed by Iftar, Mass Maghrib and Isya’ Prayers and concluded with Tarawih and Witir Prayers.

The Khatam Al-Quran ceremony is one of many activities in the Holy Month of Ramadan, aimed to increase acts of worship and always remember Allah S.W.T especially in the last days of the glorious and blessed month of Ramadhan.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA SEMPENA MALAM TERAKHIR RAMADHAN 1444H

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 20 April 2023 – Bagi menyemarakkan malam-malam terakhir Bulan Ramadhan 1444H, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota-anggota TUDB.

Seramai 30 peserta terdiri daripada anggota Tentera Udara Diraja Brunei dan awam telah pun mengikut acara khatam ini. 

Majlis Khatam Al-Quran ini dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas dan diikuti dengan takhtim, doa Khatam serta Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Negara dan Sultan yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Barakah. Seterusnya, Majlis Berbuka Puasa, Semahayang Fardu Magrib dan Isya’ Berjemaah dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir.

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan salah satu aktiviti di bulan Ramadhan. Ianya bertujuan bagi memperbanyakkan amal ibadah dan sentiasa mengingat Allah S.W.T khususnya pada hari-hari terakhir di bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan.​