RIMBA, Isnin 02 Mei 2016 - Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Yang Mulia Kolonel Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah hari ini telah menerima lawatan perpisahan Yang Mulia Captain Lee Yong Ho, Atase Pertahanan Korea ke Negara Brunei Darussalam yang berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.Lawatan perpisahan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala yang telah dijalankan sejak sekian lama serta mengucapkan penghargaan dan terima kasih di sepanjang perkhidmatan Yang Mulia Captain Lee Yong Ho bertugas selaku Atase Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.
