Brunei, Rabu, 28 September 2016 - Sekumpulan 33 anggota dari Cawangan No.2 Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei yang diketuai oleh Mej (U) Amierul Halpi telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas Polis Diraja Brunei, Gadong pada hari ini.Semasa lawatan, anggota telah diberikan penerangan ringkas dan pertunjukkan video mengenai fungsi, misi, peranan, tugas dan tanggungjawab serta statistiks dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas dan disusuli dengan pameran statik booth.
Lawatan ini merupakan sebahagian dari aktiviti luar inisiatif Cawangan No.2 bagi membuka minda dan fikiran anggota terhadap kepentingan keselamatan ketika memandu serta mematuhi undang- undang di jalanraya dan sekaligus mengelakkan anggota daripada terpengaruh dan terlibat dengan gejala sosial yang membahayakan seperti penggunaan dadah haram, berjudi, penderaan dan banyak lagi.
