​Pangkalan

TUDB, Khamis 23 Jun 2016 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena menyambut Hari Ulang Tahun TUDB ke-50 bertempat di Surau TUDB, Pangkalan Udara TUDB Rimba Link. Ianya merupakan salah satu acara yang telah dirancang bagi sambutan Jubli Emas TUDB pada tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pula ialah Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Shahril Anwar bin Hj Ma’awiah. Selain itu, majlis juga turut dihadiri oleh mantan-mantan pemerintah TUDB dan mantan-mantan Sergent Mejar TUDB bagi sama-sama menzahirkan kesyukuran  diatas pencapaian TUDB setelah 50 tahun penubuhanya. Disamping itu juga, majlis seumpananya ini dihasratkan sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan yang telah dicurahkan dari tampuk tertinggi hingga peringkat terbawah TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan diikuti dengan bacaan Tahlil yang dikepalai oleh Yang Mulia Hj Mohd Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Pangkalan TUDB. Setelah Azan Magrib berkumandang Majlis diteruskan bersungkai ringan dan diikuti dengan solat fardhu Magrib berjemaah. Selepas itu, majlis diselajurkan dengan bacaan doa khas sempena HUT TUDB ke-50 oleh Iman surau TUDB.

Selesai bacaan doa, semua anggota yang hadir kemudiannya beredar ke tempat jamuan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, prajurit dan pranita TUDB.