TUTONG KEM Jumaat, 21 September 2018 – Majlis Makan Malam Beradat telah diadakan di Mes PW, SSjn & Sjn Batalion Kedua, Tutong Kem bagi persaraan Yang Mulia Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.
 
Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah Mantan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei  bagi meraikan 32 tahun perkhidmatan beliau di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
 
Ketibaan Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar dan Datin di Mes PW, SSjn & Sjn Batalion Kedua, Tutong Kem telah disambut oleh PW1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar Sarjan Mejar Tentera Udara, Timbalan Pemerintah Kolonel (U) Rahman @ Abdul Rahman bin Haji Durahman bersama isteri. Majlis tersebut dipengerusikan oleh PW1 (U) Suridi bin Ibrahim Sarjan Mejar Kumpulan Bantu. Seramai 180 orang hadir pada majlis tersebut terdiri dari Sarjan Mejar Rejimen, Sarjan Mejar Kawad, PMC-PMC Kumpulan, PTB-PTB Kanan TUDB dan isteri.
 
Tujuan mengadakan Majlis Makan Malam Beradat bagi mantan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei bersama Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan adalah bagi ramah mesra perpisahan sempena persaraan Yang Mulia Dato dan juga untuk pendedahan kepada anggota-anggota Mes PTB Kanan TUDB serta sebagai satu titik permulaan untuk Mes PTB Kanan TUDB mengadakan majlis makan malam beradat dan Insya Allah akan diteruskan sebagai tradisi di dalam kumpulan khasnya dan di dalam TUDB amnya.
 
Majlis diungkayahkan sebagai satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa, khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan oleh Mantan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, disamping mengeratkan hubungan di antara PTB-PTB Kanan TUDB.