PANGKALAN RIMBA, SELASA 30 Mei 2017 – Majlis perasmian penutup kursus ketua terup pertahanan udara sesi 2016 telah berlangsung bertempat di Layang-layang Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba. Kursus ini telah dikendalikan oleh Skuadron 77, No 7 Wing Kumpulan Latihan bermula pada 06 Mac 2017 sehingga 30 Mei 2017. Ianya dibuat disebelah petang dan diteruskan dengan sungkai bersama-sama.Majlis perasmian penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Lt Kol (U) Abd Rahman bin Hj Durahman, Pemerintah Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei. Turut hadir Lt Kol (U) Peter bin Ulat @ Yulat Pegawai Pemerintah No 2 Wing, Mejar (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Raya, Pegawai Pemerintah No 7 Wing dan pegawai-pegawai yang lain. Salah satu objektif utama kursus ini adalah bertujuan untuk melatih dan memahami peserta kursus akan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai dan ketua terup di pertahanan udara.
Acara ini dimulakan dengan penyampaian kata-kata dari tetamu kehormat dan diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta kursus dan jurulatih. Secara keseluruhan semua anggota kursus ketua terup pertahanan udara sesi 2016 telah lulus dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dikehendaki bagi pegawai-pegawai untuk memulakan kerjaya mereka sebagai seorang pertahanan udara. Acara akhirnya disudahi dengan bersungkai bersama-sama dan membaca doa selamat.


CLOSING CEROMONY OF AIR DEFENCE TROOP COMMANDER COURSE 2016
RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday 30 May 2017 – Closing ceremony for Air Defence Troop Commander Course (ADTC) 2016 was held at the Layang –Layang, Rimba Air Force Base. The ADTC course which started from 06 March 2017 until 20 May 2017 was conducted by No. 7 Training Wing, 77 Squadron. The ceremony was held in the evening followed by Iftar. The closing ceremony was commenced by the Guest of Honor, Lieutenant Colonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, the Commander Operations Group, Royal Brunei Air Force.Also present were Lieutenant Colonel (U) Perer bin Ulat @ Yulat, Commanding Officer No. 2 Wing and Major (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Raya, Commanding Officer No. 7 Wing. The ceremony was also attended by officers, key personnel from both No. 2 Wing and No. 7 Wing, ADTC participants and instructors from 77 Squadron.
One of the main objectives of the course is to learn and train participants the duties and responsibilities as a Troop Commander.The ceremony began with an opening speech by the Guest of Honour, followed by presentation of certificates to the ADTC participants and award prize winners to the best participants and instructor.