BERAKAS GARISON, Jumaat 09 Disember 2016 – Kursus Memandu Iveco Kelas 3 ‘Conversion’ Sesi 2016 yang dikendalikan oleh Skuadron 77 No 7 Wing Kumpulan Latihan TUDB kini telah selesai dijalankan. Majlis penutup kursus tersebut yang disampaikan oleh Mej (U) Amirul Halpi bin Talip dimulakan dengan penyampaian taklimat penutup kursus dan seterusnya penyampaian sijil dan hadiah bagi penuntut terbaik.Kursus ini berlangsung 2 minggu bermula dari 28 November 2016 sehingga 09 Disember 2016 dan disertai seramai 4 orang anggota dari No 2 Wing. Penuntut terbaik keseluruhan bagi kursus ini disandang oleh 18834 Lkpl (U) Mohammad Amirul Aizat bin Abd Latif dan manakala penuntut praktikal terbaik adalah 18903 Lkpl Md Al Adibillah bin Hj Ali.
Kursus memandu adalah salah satu kursus kerjaya di dalam struktur perkembangan kerjaya bagi anggota No 2 Wing. Sepanjang kursus ini dijalankan, banyak pelajaran-pelajaran yang telah disampaikan kepada anggota-anggota kursus yang mana telah melatih mereka diantaranya pelajaran tata cara memandu yang betul, langkah keselamatan membuka dan memasang tayar, konvoi memandu jarak jauh, praktikal samaran dan sebagainya.
Secara keseluruhan semua anggota Kursus Memandu Iveco Kelas 3 ‘Conversion’ Sesi 2016 ini telah lulus dengan jayanya, ianya meletakkan peserta kursus kepada tahap yang lebih baik dari sebelumnya, dimana ilmu dan kemahiran yang dipelajari akan dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab di unit masing-masing.

