​Pangkalan Rimba, Selasa, 28 Jun 2016M – Majlis Penyampaian Kupon Minuman Sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi PTB-PTB Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) Tahun 2016 telah diadakan di Dewan Punai TUDB. Penyampaian kupon – kupon tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Pemerintah Kumpulan Gerakan, Kolonel (U) Mohammad Sharif Ibrahim bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Adapun tujuan pembahagian minuman tersebut diadakan adalah salah satu inisiatif Mes, sedikit sebanyak dapat menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan imbalan bagi ahli-ahli yang berusaha selama setahun untuk membuat pembayaran Mes Bil dengan teratur.

Ianya juga dapat meringankan dan membantu bagi setiap ahli-ahli Mes yangmana ianya adalah satu tradisi semua Mes PW, SSjn dan Sjn di dalam ABDB pada setiap tahun bila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.