Hari Jumaat, 28 Muharram 1438H bersamaan 28hb Oktober 2016M, Ahli-Ahli Mes PW, SSjn & Sjn dan Koperal Kelab TUDB Sesi 2016 – 2017, telah mengadakan Majlis Persaraan Yang Mulia Mantan Pemerintah TUDB, Yang Mulia Bridagier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Hj Wardi bin Hj Abdul Latif, PSPNB, PGAT, SMB, PJG (Tent), PCM, psc, selaku Tetamu Kehormat majlis. Dan majlis tersebut juga diselajurkan dengan, Penyampaian Cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Mulia Dato dan Yang Mulia Pg Datin Umi Suhana binti Pg Indera Perkasa Pg Hj Hamdan, Isteri Yang Mulia Mantan Pemerintah TUDB. Majlis tersebut telah di adakan, di I Lotus Restaurant, Kg.Rimba Gadong.
Kehadiran Yang Mulia Dato dan Yang Mulia Pg Datin di I Lotus Restaurant, telah disambut oleh Yang Dipertua Mes PW, SSjn & Sjn TUDB (SMTU), PW1 (U) Muhd Syahiran bin Hj Abu Bakar dan Isteri, SMR Kump Gkn, Pmk SMR Kump Bantu dan Isteri, Pmk Pengurusi Mes Komiti (PMC) Mes PW, SSjn & Sjn TUDB.
Sebelum majlis dimulakan Yang Mulia Dato telah menandatangani lembaran kenang-kenangan dan kemudian bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Mes PTB Kanan dan wakil Koperal Kelab TUDB Sesi 2016 – 2017.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Dipertua Mes. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat majlis, Yang Mulia Dato. Setelah selesai ucapan dari Yang Mulia Dato, majlis diteruskan dengan penyampaian Cenderahati Kenang-Kenangan kepada Yang Mulia Dato dari Yang Dipertua Mes PTB Kanan TUDB dan Penolong PMC Koperal Kelab dan kemudian majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada Yang Mulia Pg Datin yang telah disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Mes PTB Kanan TUDB.
Bacaan doa selamat telah dibacaan oleh Yang Mulia Ustaz Awg Said bin Hj Yusop, Guru Ugama TUDB, kemudian majlis diteruskan dengan menikmati jamuan dan majlis diakhiri dengan doa penutup.
Turut hadir di Majlis tersebut ialah WSM-WSM, PTB Kanan yang terkanan, Guru Ugama TUDB, PTB Kanan TUDB, Wakil AJK Koperal Kelab, Pengurus dan Penolong Pengurus Mes PTB Kanan TUDB.


