RIMBA, Jumaat 10 Jun 2016 - Majlis Pertandingan Separuh Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Bagi Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke 55 tahun telah diadakan di Surau Pangkalan Tentera Udara, Rimba dan dikendalikan. Tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.
Seramai 22 anggota dipertandingkan yang mana terdiri daripada 12 Qari dan 10 Qariah mewakili bagi unit masing-masing. Majlis ini dijalankan selama dua hari iaitu pada 9 Jun 2016 seramai 14 peserta dan 10 Jun 2016 seramai 9 peserta yang dipertandingkan.
Hanya 10 peserta yang layak ke Peringkat Akhir iaitu 5 qari dan 5 qariah yang terdiri daripada 3 anggota daripada KEMENTAH, 2 anggota dari TDDB dan TUDB, seorang anggota daripada TLDB. AP dan IL. Peserta akan dipertandingkan pada 17 Jun 2016 bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Majlis Penyampaian cenderahati dan sijil telah diisempurnakan oleh tetamu kehormat majlis kepada para jemaah hakim. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat daripada Jabatan Agama ABDB, Lt Mohd Ayza Azrine bin Ayahani.
Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran pada tahun ini dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan dipengerusikan oleh 718 Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip.