RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 5 December 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 48 visitors, comprising children and their supervisors, from the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The visit was part of the Syababul Watan program organised by the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) in conjunction with the 2024 End-of-Term School Holidays.
The visit provided the visitors with an overview of the RBAirF’s capabilities and a guided tour of the RBAirF’s aircraft, equipment, and operational assets. The children also participated in an interactive session with RBAirF personnel, where they had hands-on experience handling RBAirF equipment, trying on uniforms, and exploring various aircraft up close.
This educational visit aimed to give the children meaningful exposure and understanding of their parents’ work environment and responsibilities within the RBAirF. It also sought to enhance their learning experience, contributing to their personal development and inspiring interest in the nation’s air defence force.





LAWATAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK WARGA MINDEF DAN ABDB KE TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 5 Disember 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima kunjungan seramai 48 orang pengunjung, terdiri daripada anak-anak dan pengawas, dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program Syababul Watan yang dianjurkan oleh Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) sempena Cuti Sekolah Penggal Akhir 2024.
Lawatan tersebut memberikan gambaran menyeluruh mengenai keupayaan TUDB dengan ke pesawat, peralatan, dan aset operasi TUDB. Kanak-kanak tersebut juga turut menyertai sesi interaktif bersama anggota TUDB, di mana mereka berpeluang mencuba pakaian seragam, mengendalikan peralatan, serta meneroka pelbagai pesawat dengan lebih dekat.
Lawatan pendidikan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang bermakna kepada anak-anak serta pemahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran kerja dan tanggungjawab ibu bapa mereka di TUDB. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka, menyumbang kepada perkembangan peribadi, dan mencetuskan minat terhadap pasukan pertahanan udara negara.


