RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 03 November 2017 – A Muzakarah session with the Acting Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, with parents of the newly enlisted airmen of Intake 159 was conducted at Dewan Punai RBAirF.


The session commenced with the recitation of Surah Al Fatihah headed by Ustaz Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, followed by a briefing on career progression, requirements and expectations of an airmen. RBAirF orientation programme was conducted for the newly enlisted airmen from 23 October until 03 November 2017 with the aim of providing an in depth understanding of the organization, roles and vocations in the RBAirF.

Acting Commander RBAirF began his remarks by commending the parents for their endless support and congratulated the newly enlisted airmen for successfully completing their recruit training and joining the Air Force. He reiterated the importance of integrity, discipline and professionalism as a member of the military and as an effective member of the RBAirF team. The main objective of the session was to give an opportunity to parents to have an open dialogue to clarify any queries before their sons begin their career in the RBAirF.   A total of 23 airmen were enlisted into the RBAirF.
SESI MUZAKARAH BERSAMA PEMANGKU PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
 

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 03 November 2017 – Majlis Sesi Muzakarah bagi ibu bapa anggota Lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan 159 bersama Pemangku Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, telah diadakan di Dewan Punai TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Mohd Said bin Hj Mohd Yusof. Sesi tersebut diteruskan dengan sesi taklimat mengenai ringkasan hala tuju meraka dalam kerjaya tentera  serta apa yang di kehendaki sebagai seorang tentera. Sesi Orientasi Lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke 159 ke TUDB telah dijalankan selama dua minggu dari 23 Oktober sehingga 03 November 2017 bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi, peranan dan jenis kerjaya di TUDB. 

Pemangku Pemerintah TUDB mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang telah memberikan dorongan kepada anak-anak mereka dan mengucapkan tahniah kepada Lepasan Rekrut Lelaki yang telah berjaya menamatkan latihan rekrut dan diserapkan ke TUDB. Beliau seterusnya menekankan kepentingan integreti, disiplin dan profesionalisme dalam kerjaya sebagai seorang tentera yang mana akan membolehkan mereka menjadi anggota yang berguna di dalam TUDB. Matlamat utama sesi ini adalah untuk memberi peluang bagi ibu bapa untuk mengajukan apa jua soalan mengenai kerjaya yang akan diterajui oleh anak mereka di TUDB.   Seramai 23 anggota soldadu diserapkan ke TUDB.