RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 20 October 2023 – A Muzakarah session was held at Bilik Alap-Alap, Royal Brunei Air Force (RBAirF) for the newly enlisted airmen of Intake 171 with Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Acting Deputy Commander of RBAirF.
The session began with an overview of the airmen’s career progression, requirements, and expected roles. Before this session, the newly enlisted airmen had completed a seven-week orientation program from 04 September until 20 October 2023 aimed at providing them with a thorough understanding of the RBAirF’s organization, roles, and career paths.
The Acting Deputy Commander of the RBAirF congratulated the newly enlisted airmen for successfully finishing their recruit training and embarking on their careers with RBAirF. He concluded his remarks by reiterating the importance of integrity, discipline, and professionalism as essential qualities for effective membership in the RBAirF.
The main objective of the session was to give an opportunity for the airmen to have an open dialogue to clarify any queries before they begin their career in RBAirF. A total of 27 airmen were enlisted into the RBAirF.


SESI MUZAKARAH BERSAMA PEMANGKU TIMBALAN PEMERINTAH TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 20 Oktober 2023 – Sesi Muzakarah diantara anggota lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke 171 bersama Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan di Bilik Alap-Alap, TUDB.
Sesi ini bermula dengan ringkasan mengenai perkembangan kerjaya, keperluan, dan peranan yang dijangka bagi warga tentera udara. Lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke 171 telah menjalani Sesi Orientasi selama tujuh minggu dari 04 September sehingga 20 Oktober 2023 bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi, peranan dan kerjaya di TUDB.
Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB mengucapkan tahniah kepada lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke 171 yang baru dilantik atas kejayaan tamat latihan rekrut dan memulakan kerjaya mereka di TUDB. Beliau mengakhiri kata-katanya dengan menekankan kepentingan integriti, disiplin, dan profesionalisme sebagai ciri-ciri penting bagi keahlian yang berkesan dalam TUDB.
Matlamat utama sesi ini adalah untuk memberi peluang bagi anggota untuk mengajukan sebarang pertanyaan yang ada mengenai kerjaya yang akan diterajui oleh para anggota di TUDB. Seramai 27 anggota Soldadu telahpun diserapkan ke TUDB.