RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 09 February 2018 – A Muzakarah session was held at Dewan Punai RBAirF for the newly enlisted airmen of Intake 160 and airwomen of Intake 53 and their parents with the Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

The main objective of the session was to give an opportunity for parents to have an open dialogue to clarify any queries before their sons and daughters begin their career in the RBAirF. A total of 30 airmen and airwomen were newly enlisted into the RBAirF.

The session commenced with the recitation of Surah Al Fatihah headed by Ustaz Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, followed by a briefing on the career progression, requirements and expectations of the  airmen and the airwomen.


The newly enlisted airmen and airwomen had previously undergone an orientation programme from 29 January until 09 February 2018 which aimed to provide them with an in-depth understanding of the organisation, roles and vocations within the RBAirF.

The Deputy Commander of the RBAirF began his remarks by commending the parents for their endless support and congratulated the newly enlisted airmen and airwomen for successfully completing their recruit training and for joining the RBAirF. He ended his remarks with a reiteration on the importance of integrity, discipline and professionalism as a member of the military in order to be an effective member of the RBAirF team. 
 
SESI MUZAKARAH BERSAMA TIMBALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 09 Februari 2018 – Majlis Sesi Muzakarah telah diadakan di Dewan Punai TUDB bagi ibu bapa anggota lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-160 dan anggota lepasan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-53 bersama dengan Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Matlamat utama sesi ini adalah untuk memberi peluang bagi ibu bapa untuk mengajukan sebarang pertanyaan yang mereka ada mengenai kerjaya yang akan diterajui oleh anak mereka di TUDB. Seramai 30 anggota soldadu telahpun diserapkan ke TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Said bin Hj Mohd Yusof dan seterusnya satu sesi taklimat ringkas diberi mengenai hala tuju lepasan rekrut dalam kerjaya tentera dan apa yang dikehendaki daripada sebagai seorang anggota tentera.


Lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-160 dan lepasan Rekrut Wanita Pengambilan ke-53 telah menjalani Sesi Orientasi selama dua minggu dari 29 Januari sehingga 09 Februari 2018 bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi, peranan dan jenis kerjaya di TUDB.


Timbalan Pemerintah TUDB mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang telah memberikan dorongan kepada anak-anak mereka dan mengucapkan tahniah kepada lepasan Rekrut Pengambilan ke-160 dan lepas Rekrut Wanita Pengambilan ke-53 yang telah berjaya menamatkan latihan rekrut dan memasuki ke TUDB. Beliau seterusnya menekankan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kerjaya sebagai seorang tentera yang mana akan membolehkan mereka menjadi anggota yang berguna di dalam TUDB. 

​