RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 27 February 02 2024 – 11 newly commissioned officers from Officer Cadet School Intake 22 engaged in a session with the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, in
Bilik Alap-Alap, RBAirF Headquarters, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) today.
During the session, the Commander emphasized the solemnity of the officers’ oath, highlighting its significance. Through an insightful presentation, he emphasizes behaviors and the importance of officership. The talk aimed at elevating the standards and expectations of the newly commissioned officers with the focus on crucial aspects such as attitude, standards, and the profound commitment expected from each officer. The session served as a moment of recognition and encouragement for the newly commissioned officers for the long journey of officership ahead.
The engagement concluded with a question and answer session, offering the officers an invaluable opportunity for the Commander’s views and perspective for the future of the RBAirF. In his closing remarks, the Commander encouraged the newly commissioned officers to seize the opportunity to showcase their full potential.

SESI PEGAWAI-PEGAWAI BARU TAMAT LATIHAN PENGAMBILAN KE-22 BERSAMA PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 27 Februari 2024 – Seramai 11 orang pegawai yang baru menamatkan latihan dari Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan ke-22 telah berpeluang untuk mengadakan sesi bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), bertempat di Bilik Alap-Alap, Markas TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) pada hari ini. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada tingkah laku,
standard, dan komitmen seseorang itu memainkan peranan yang sangat besar dalam menjadi seorang Pegawai TUDB.
Semasa sesi tersebut, Pemerintah menekankan pentingnya sumpah pegawai dan juga kepentingannya. Melalui pembentangan tersebut, beliau menggariskan tingkah laku yang wajib ada pada seorang individu dan perilaku yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang berpotensi tinggi di dalam TUDB. Sesi ini juga merupakan sebagai salah satu dorongan bagi Pegawai-Pegawai baru ditauliahkan untuk memulakan perjalanan mereka sebagai seorang pemimpin masa akan datang.
Sesi berakhir dengan sesi soal jawab, yang mana ianya memberikan peluang yang sangat berharga kepada pegawai-pegawai untuk mendapat pandangan dan perspektif daripada Pemerintah TUDB. Pemerintah juga menggalakkan pegawai baru yang telah ditauliahkan untuk mengambil peluang untuk menunjukkan potensi penuh mereka.