RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 06 January 2023 – In conjunction with the 24th anniversary of No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a 4-day event of a Thanksgiving event, Parade Ceremony, Community Service, and Sports Interaction from 3rd January to 6th January 2023.
The event commenced with the Thanksgiving event gathered No. 2 Wing personnel for the mass recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Selamat as well as Zohor prayers at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) led by Muhammad Fathurrahman bin Haji A. Matali, the Imam of Surau Al-Barakah.
The event continued with a Parade Ceremony at No. 2 Wing Headquarters, Rimba AFB. A total of 207 personnel with four contingents, led by Captain (U) Mohammad Alauddin bin Awang Haji Besar, participated in the parade to officially commemorate the 24th anniversary. During the ceremony, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, the Commanding Officer of No. 2 Wing, delivered his insightful speech highlighting the achievements and future endeavors of No. 2 Wing and the importance of discipline to the personnel.
This year in conjunction with the anniversary, No. 2 Wing initiated Hearts and Minds projects for the community by organizing Blood Donations and Cleaning Campaigns. The campaigns were successful, with more than 134 personnel donating blood and collecting more than 200kg of residual waste along the Berakas Forest Reserve beach coastline. No. 2 Wing carried out a cleaning campaign at Masjid Kampong Lambak Kiri and Masjid Kampong Rimba as part of their community service. The 4-day events included a friendly Golf Classic Interaction and a beach football-friendly tournament that aims to strengthen the relations among the personnel of No. 2 Wing and encourage them to practice a healthy lifestyle.
Next year, No. 2 Wing will embark on its Silver Jubilee anniversary to set further achievements in their milestone and promote the Heart and Mind project to society.





CAWANGAN NO. 2 MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE-24 DENGAN ACARA SELAMA 4 HARI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 06 Januari 2023 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan acara selama 4 hari sempena Hari Ulang Tahun ke-24 pada hari Rabu, 04 Januari 2023. Antara aktiviti-aktiviti yang turut dijalani adalah Majlis Doa Kesyukuran, Acara Perbarisan, Khidmat Kemasyarakatan dan Riadah.
Acara pertama yang dikendalikan ialah Majlis Doa Kesyukuran dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Solat Jemaah Fardhu Zohor yang diketuai oleh Muhammad Fathurrahman bin Haji A. Matali, Imam Surau Al-Barakah.
Bagi memperingati Hari Ulang Tahun ke-24, acara perbarisan telah berlangsung di Markas Cawangan No. 2 dengan 4 kontinjen diketuai oleh Kapten (U) Mohammad Alauddin bin Awang Haji Besar. Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, menyampaikan ucapan beliau yang menekankan pencapaian cawangan tersebut, usaha masa depan dan kepentingan disiplin.
Aktiviti khidmat masyarakat, seperti projek Hearts and Minds, termasuk Derma Darah dan Kempen Kebersihan telah diadakan. Kempen ini dijalankan dengan jaya dengan lebih 134 kakitangan menderma darah dan turut mengumpul jumlah gabungan kira-kira lebih 200kg dalam sisa sampah di sepanjang pantai Hutan Simpan Berakas. Cawangan No.2 telah menjalankan kempen kebersihan di Masjid Kampong Lambak Kiri dan Masjid Kampong Rimba sebagai sebahagian daripada aktiviti khidmat masyarakat. Dalam masa yang sama, perlawanan golf klasik dan kejohanan persahabatan bola sepak pantai telah diadakan yang bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota Cawangan No. 2.
Cawangan No. 2 akan menyambut Hari Ulang Tahun Jubli Intan pada tahun hadapan dan akan menetapkan pencapaian selanjutnya serta mempromosikan projek Hearts and Minds kepada masyarakat.



