RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 28 June 2023 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the Commanding Officer Parade led by Lieutenant (U) Mu’adz bin Abdullah at No. 2 Wing Headquarters, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi Bin Talip, the Commanding Officer of No. 2 Wing.

The parade commenced with a salute and was followed by an inspection of the parade by the Commanding Officer and Officers-in-Command of the No. 2 Wing. The parade continued with a speech from the Commanding Officer of No. 2 Wing, followed by a recital of Doa by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. The ceremony concluded with refreshments and a photo session.

The Commanding Officer Parade is an annual event for the No. 2 Wing, aims to prepare the personnel for upcoming parade events, especially for this forthcoming Grand Parade for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar’ Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 77th birthday. The parade further encourages personnel to maintain self-discipline and professionalism in upcoming events.




CAWANGAN NO. 2 MENGADAKAN PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 28 Jun 2023 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Perbarisan Pegawai Pemerintah yang diketuai oleh Leftenan (U) Mu’adz bin Abdullah yang diadakan di Markas Cawangan No. 2. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi Bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2.

Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat dan diteruskan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 serta Pegawai-pegawai Memerintah Cawangan No.2. Perbarisan diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Perbarisan diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar ramai.

Perbarisan Pegawai Pemerintah merupakan acara tahunan bagi Cawangan No.2 sebagai persiapan awal bagi acara-acara perbarisan yang akan datang terutama sekali acara perbarisan bagi Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 tahun. Selain itu, perbarisan ini turut diadakan bagi memastikan setiap anggota Cawangan No. 2 sentiasa menjaga disiplin di samping itu dapat mengamalkan sifat professionalisme bagi acara-acara yang akan datang.