​TUNGKU, Tuesday, 19 December 2023 – 35 personnel from No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted an educational visit to the Narcotics Control Bureau in Kampong Tungku, Gadong. The visit was organised by the No. 2 Wing Warrant Officer, led by Warrant Officer 2 (U) Muhd Hardi bin Haji Matassan, Signal Warrant Officer, No. 2 Wing, RBAirF.

Upon arrival, the delegation was welcomed by Rudy Anis, Preventive Drug Education Division Officer, Narcotics Control Bureau. The visit commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a presentation and knowledge about various drugs seized in Brunei Darussalam. Subsequently, the delegation received an overview of the law and punishment given to the criminal or drug abuser.

The visit concluded with the visit to the gallery, the presentation of a token of gratitude to the Preventive Drug Education Division Officer by Lieutenant (U) Haji Mohd Nur Zul Zainul Abidin bin Hj Wan Zulaini, Unit Security Officer, No. 2 Wg, RBAirF followed by a group photo. This visit aims to enable the No. 2 Wing personnel to enhance their awareness of disseminating of information regarding drugs and how people usually distribute drugs.


LAWATAN CAWANGAN NO. 2 TUDB KE BIRO KAWALAN NARKOTIK

TUNGKU, Selasa, 19 Disember 2023 – Seramai 35 anggota daripada Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah membuat lawatan sambil belajar ke Biro Kawalan Narkotik bertempat di Kampung Tungku, Gadong. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Pegawai Waran Cawangan No. 2 yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 (U) Muhd Hardi bin Haji Matassan, Pegawai Waran Perhubungan, Cawangan No. 2, TUDB.

Rombongan telah disambut oleh Rudy Anis, Pegawai Divisyen Pendidikan Pencegah Dadah, Biro Kawalan Narkotik. Lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat dan pembelajaran mengenai pelbagai dadah yang di rampas di Negara Brunei Darussalam. Selepas itu, delegasi diberikan gambaran mengenai perundangan dan hukuman yang diberikan kepada penjenayah mahupun penagih.

Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderamata sebagai tanda pengahargaan yang disampaikan oleh Leftenan (U) Hj Mohd Nur Zul Zainul Abidin bin Hj Wan Zulaini, Pegawai Sekuriti Unit, Cawangan No. 2, TUDB kepada Pegawai Divisyen Pendidikan Pencegah Dadah diikuti dengan bergambar ramai. Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan anggota Cawangan No. 2 meningkatkan kesedaran mereka tentang bagaimana dadah ini boleh diedarkan melalui pelbagai cara.