RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 26 October 2023
– No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (No. 2 Wg, RBAirF) conducted the 9th Exercise Wira Bumi. The exercise was held from 16 until 26 October 2023 at Rimba Air Force Base (Rimba AFB). A total of 280 personnel from No. 2 Wg supported by No. 1 Wg, No. 3 Wg, No. 6 Wg and No. 7 Wg. The purpose of this exercise is to test the readiness and preparedness of No. 2 Wg as part of RBAirF daily routine, which is also focusing on reviewing the current doctrine in RBAirF, and No. 2 Wg’s Techniques, Tactics and Procedures (TTPs).
The opening ceremony of this exercise was officiated by Major (U) Muhd Adib bin M. Abidin, Acting Commanding Officer, No. 2 Wg, RBAirF at the 236 Squadron’s parking lot on 16 October 2023. The exercise started with Planning and Wargaming programmes followed by delivering orders and field deployment to respective Area of Operations. During the exercise, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF visited Air Defence sites and demonstration of Base Security Protection.
This field exercise consists of conventional and non-conventional warfare which includes Air Defence and Air Base Defence Exercise by using varieties of weapon system. The exercise was carried out in several areas in Brunei and Muara, Tutong, Temburong and Rimba AFB for two weeks. Wira Bumi Exercise is held every two years, and it is the final stage for No. 2 Wg, RBAirF after doing the Troop level and Squadron level exercises.




EKSESAIS WIRA BUMI KE-9 CAWANGAN NO. 2, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 26 Oktober 2023 – Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (Cwgn No. 2, TUDB) telah menjalankan Eksesais Wira Bumi yang ke-9. Eksesais ini dikendalikan bermula dari 16 hingga 26 Oktober 2023 bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Seramai 280 anggota daripada Cwgn No. 2 dan dibantu oleh Cwgn No. 1, Cwgn No. 3, Cwgn No. 6 dan Cwgn No. 7. Eksesais ini dikendalikan bagi menguji kesiapsiagaan Cwgn No. 2 sebagai salah satu TUDB dalam menjalani operasi harian. Ia juga memfokuskan kepada pengemaskinian doktrin yang ada pada TUDB, dan Teknik, Taktik, dan Prosedur (TTP) Cwgn No. 2.
Upacara Pembukaan Eksesais ini telah dirasmikan oleh Mejar (U) Muhd Adib bin M. Abidin, Pemangku Pegawai Pemerintah Cwgn No. 2, TUDB di tempat letak kereta Skuadron 236 pada 16 Oktober 2023. Eksesais ini dimulakan dengan Program Perancangan dan
Wargaming diteruskan dengan penyampaian
Orders dan
Field Deployment ke tempat operasi. Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim, Pemerintah TUDB telah membuat lawatan ke tapak-tapak Pertahanan Udara dan menyaksikan demonstrasi Sekuriti Pertahanan Pangkalan Udara.
Eksesais ini yang berkonsepkan peperangan konvensional dan bukan konvensional yang merangkumi Latihan Pertahanan Udara dan Pertahanan Pangkalan Udara dengan menggunakan pelbagai senjata. Eksesais ini telahpun dijalankan di beberapa kawasan di dalam daerah Brunei dan Muara, Tutong, Temburong dan Pangkalan Tentera Udara Rimba selama dua minggu. Eksesais Wira Bumi ini diadakan dua tahun sekali dan ianya merupakan Eksesais peringkat akhir bagi Cwgn No. 2, TUDB selepas mengadakan Eksesais diperingkat Terup dan Skuadron.


