
RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 02 April 2026 – 55 Squadron, No. 5 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) recently conducted a Study Day themed “Aircraft Recovery” at the 2nd Line Maintenance Room, 55 Squadron.
Present as the Guest of Honour was Major (U) Mohammad Hifdzullah bin Hj Mat Yamin, Squadron Commander of 560 Squadron, No. 5 Wing. Also in attendance were Engineering Officers and Warrant Officers from No. 5 Wing.
The Study Day aimed to enhance personnel preparedness and competency in conducting safe, efficient aircraft recovery operations. Key emphasis was placed on preventing secondary damage and ensuring personnel safety during such operations.
The session focused on critical recovery procedures, including site security, the application of specialized equipment in accordance with C295MW technical manuals, and maintaining aircraft stability. Discussions also highlighted the vital coordination required between supporting elements such as RBAirF Fire Services, Logistics, and Air Traffic Control to ensure operational continuity.
Through this initiative, 55 Squadron continues to strengthen its capability in managing disabled aircraft scenarios. This effort further aligns Standard Operating Procedures (SOP) within No. 5 Wing, directly supporting asset protection and the overall operational readiness of the RBAirF.

CAWANGAN NO. 5 MENGADAKAN HARI PENGAJIAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 02 April 2026 – Skuadron 55, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Hari Pengajian Cawangan No. 5 bertemakan “Pemulihan Pesawat” (“Aircraft Recovery”) bertempat di Bilik 2nd Line Maintenance, Skuadron 55.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Mohammad Hifdzullah bin Hj Mat Yamin, Pegawai Pemerintah Skuadron 560, Cawangan No. 5. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kejuruteraan Cawangan No. 5 serta Pegawai Waran Kejuruteraan dan Pegawai Waran Menjaga Skuadron 560.
Hari Pengajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kompetensi anggota dalam melaksanakan operasi pemulihan pesawat secara selamat dan cekap. Penekanan utama diberikan kepada aspek pencegahan kerosakan sampingan serta menjamin keselamatan anggota semasa operasi dijalankan.
Sesi tersebut memfokuskan kepada prosedur-prosedur pemulihan utama termasuk pengamanan tapak (site securing), penggunaan peralatan pemulihan khas berpandukan manual teknikal pesawat C295MW, serta mengekalkan kestabilan pesawat semasa proses pemulihan.
Kepentingan penyelarasan antara elemen bantuan seperti perkhidmatan bomba TUDB, logistik, dan kawalan trafik udara juga turut ditekankan bagi memastikan tindak balas yang berkesan serta kelangsungan operasi pangkalan.
Melalui taklimat dan perbincangan ini, Skuadron 55 berhasrat untuk memperkukuh keupayaan anggota dalam mengendalikan senario pesawat yang tidak dapat beroperasi (disabled aircraft). Inisiatif ini juga turut mempertingkatkan penyelarasan Standard Operating Procedures (SOP) di dalam Cawangan No. 5, sekali gus menyokong perlindungan aset dan kesiapsiagaan operasi TUDB secara keseluruhan.
