BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 07 July 2023 – In conjunction with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) 57th Anniversary, No. 5 Wing, Support Group, RBAirF held a cleaning campaign, recitation of
Surah Yassin,
Tahlil and
Doa Arwah for the late Corporal (U) Haji Sani Bin Yunos at the Kianggeh Muslim Cemetery and the late Lance Corporal (U) Hardee bin Haji Minggu at the Beribi Muslim Cemetery.
The event commenced with a cleaning campaign at the vicinity of the cemeteries and followed by the recitation of
Surah Yassin, Tahlil and
Doa Arwah. This event is intended to strengthen the teamwork and improve the spiritual relationships among the RBAirF personnel, as well as to remember the fallen and open hearts and minds between the military and community.

CAWANGAN NO. 5 MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH DAN BERIBI SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB KE-57 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Juma’at, 07 Julai 2023 – Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang ke – 57 Tahun, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, TUDB telah mengadakan kempen kebersihan, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Allahyarham Korperal (U) Haji Sani Bin Yunos di Tanah Perkuburan Kianggeh dan Allahyarham Lans Korperal (U) Hardee bin Haji Minggu di Tanah Perkuburan Beribi.
Acara dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah. Acara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama diantara kalangan anggota TUDB berserta mengingat kembali anggota-anggota yang telah pergi dan memupuk sikap amal kebajikan ke arah menyumbang kepada masyarakat.
