BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 03 July 2023 – In conjunction with the Royal Brunei Air Force’s (RBAirF) 57th Anniversary, No. 6 Wing, RBAirF conducted a cleaning campaign, recitation of
Surah Yassin and
Tahlil at the Kampong Pulaie Islamic Cemetery for the late Lance Corporal (U) Muhammad Sharin bin Ahmad. Present during the event was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hairol Iskandar bin Pengiran Ahmad, Commanding Officer of No. 6 Wing, RBAirF.

The event commenced with cleaning the cemetery area and continued with the recitation of
Surah Yassin, Tahlil and
Doa Arwah for the departed personnel, led by Lance Corporal (U) Muhammad Waliuddin bin Haji Abdul Wahab.

This event is intended to strengthen friendship and improve spiritual relationships among RBAirF members as well as to foster a charitable attitude towards contributing to the community.


CAWANGAN NO. 6 MENGADAKAN PROJEK KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-57 TUDB


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 03 Julai 2023 – Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang ke-57 Tahun, Cawangan No. 6 telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan, bacaan Surah Yassin dan Tahlil di Tanah Perkuburan Islam Kampong Pulaie bagi Allahyarham  Lans Koperal (U) Muhammad Sharin bin Ahmad. Turut hadir pada acara ini ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hairol Iskandar bin Pengiran Ahmad, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 6, TUDB.​

Aktiviti dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Lans Koperal (U) Muhammad Waliuddin bin Haji Abdul Wahab.

Aktiviti ini adalah bertujuan bagi mengeratkan Silaturahim dan meningkatkan perhubungan kerohanian di kalangan anggota TUDB serta untuk memupuk sikap amal kebajikan ke arah menyumbang kepada masyarakat.