RIMBA, Isnin , 27 Februari 2017 – Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB menerima kunjungan hormat dari Air Commodore Muhd Humayun Kabir, Penasihat Pertahanan daripada Republik Bangladesh ke Malaysia yang diakreditasikan ke Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB mengucapkan tahniah di atas pelantikan baru beliau sebagai Penasihat Pertahanan ke Malaysia, yang diakreditasikan kepada Brunei Darussalam. Pemerintah TUDB juga menyatakan rasa gembira di atas hubungan pertahanan dua hala yang baik di antara kedua-dua Negara.


Kunjungan tersebut juga memberi peluang yang baik untuk meningkatkan hubungan dua hala melalui aktiviti yang dirancang untuk masa depan nanti sama ada dalam bentuk kursus, latihan serta Subject Matter Expert Exchange Program.