Rabu, 4hb Mei 2016. Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei – No 2 Wing pada hari ini telah berjaya melaksanakan perbarisan bagi Pegawai Tadbir No 2 Wing yang diadakan di Padang Kawad Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei. Perbarisan tersebut diketuai oleh 1027 Lt (U) Mohd Saifularif bin Hj Adis yang mengandungi tiga kawalan perbarisan. Tetamu kehormat pada hari ini adalah 932 Lt (U) Ak Abd Azim bin Pg Idris yang merupakan Pegawai Tadbir bagi No 2 Wing. Seramai 89 anggota yang mengikuti perbarisan tersebut. Perbarisan yang telah berjalan dengan lancar adalah bertujuan untuk memeriksa pakaian anggota- anggota No 2 Wing dan tahap kesediaan bagi anggota No 2 Wing untuk Hari Ulang Tahun ABDB yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.
Dalam perbarisan pada hari ini, pengerusi majlis 1129 Lt (U) Ak Md Hassanal Arif bin Pg Ali Sham menjemput tetamu kehormat untuk membuat ucapan. Dalam ucapan tersebut, tetamu kehormat berharap agar perbarisan pada hari ini adalah bagi membuat persiapan Hari Ulang Tahun ABDB ke-55 yang akan di adakan pada 31 Mei 2016. Selain itu perbarisan ini adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan mutu kawad serta tatatertib dan disiplin anggota unit ini.
Dengan adanya perbarisan tersebut diharap anggota No 2 Wing akan dapat mengambil sebarang pengajaran dan bersiap siaga bagi menyertai perbarisan Ulang tahun ABDB yang akan datang.


